Kunjungan ke Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua.. alkisahnya cuti sekolah bulan 3 haritu mama telah ke KL kerana ada urusan pada 11 Mac 2023. Setelah setel kami decide nak cari tempat yang murah dan best untuk meluangkan masa. Akhirnya kami decide untuk buat Kunjungan ke Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Dah bertahun tak pergi sana..

Baca tentang post muzium polis mama kat sini juga di sini Percutian Bajet Kami Di Kuala Lumpur .  Baca juga Best Hotels Recommendation For Holiday Trip in Kuala Lumpur.


Kunjungan ke Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

Dari anak mama kecil memang kami kerap ke sini sebab anak mama dari kecil suka polis dan askar so bila bawa sini seronok la dia. Boleh tengok kereta kebal dan kapal terbang sekali. Muzium Polis Diraja Malaysia  mempamerkan sejarah Polis Diraja Malaysia sejakzaman kesultanan Melayu dulu sehingga tahun 1970-an. Paling best ialah tiada bayaran masuk dikenakan. Ye korang. FREE aje.


Masuk aje muzium ni kita boleh nampak kapal terbang dan kenderaan polis di bahagian luar.


Apa Yang Menarik di Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

Muzium Polis Diraja Malaysia ni terbahagi kepada galeri di luar (outdoor) dan juga tiga galeri indoor.


Galeri Outdoor  

Terdapat pelbagai kenderaan polis seperti truck, kereta kebal, kereta kegunaan pembesar polis, kapal terbang, senjata, kapal, mural, etc.


3 Galeri Indoor

Galeri A  - Sejarah polis sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka dan peranan pembesar seperti temenggung, etc. Kat sini juga korang boleh belajar tentang kepolisan semasa zaman penjajahan Portugis dan Belanda.

Galeri B  - Info tentang polis semasa Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat ( Pulau Pinang , Melaka , Singapura ), Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Selangor , Perak , Pahang , Negeri Sembilan ), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ( Kedah , Perlis , Kelantan , Terengganu ) Sabah dan Sarawak .

Galeri C - Sejarah darurat Malaya dan menerangkan pengorbanan dan perjuangan menentang CT dan kejayaan cawangan Khas polis khususnya dalam membantu menumpaskan musuh yang tegas itu.

Gambar-gambar galeri2 tu di bawah ni









Galeri senjata ni memang seram sangat. Mama naik bulu roma dan rasa tak sedap hati sepanjang di sini. Mana taknya kesemua senjata di sini ialah buatan sendiri yang diguna oleh kongsi gelap, semasa peristiwa 13 Mei dan bermacam lagi. Mesti banyak yang meragut nyawa ni. Macam-macam senjata yang dibuat sendiri dengan kreatifnya seperti paip, dan bermacam lagi. Uish.. ngeri. Sebelum2 ni dtg sini mama OK, kali ni yang mama seram sejuk.





Memang berbaloi-baloi kunjungan ke Muzium Poli ni kan. Masuk FREE dan keseluruhan galeri ni memang besar sangat. Banyak sangat info berguna yang dapat di cedok. Pada masa yang sama terasa berterima kasih sangat dengan pengorbanan polis2 dan badan beruniform lain dan terbit juga rasa bersyukur dengan keamanan negara Malaysia sekarang.  Sebab tu mama tak pernah jemu ke sini. Ehh.. panjang pula post mama ni. Lama tak buat post panjang macam ni hihi..


Bayaran Masuk ke Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

Seperti yang mama beritahu di atas, tiada bayaran dikenakan. Memang berbaloi sangat kerana ada banyak bahan pameran dan sejarah yang kita belajar dari muzium ni. 

Maklumat Muzium Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur


Muzium Polis Diraja Malaysia

Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, 

Waktu operasi:  9 am–5 pm (Isnin tutup), Jumaat 10 am–12:30 pm, 3–6 pm



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. pernah pegi kalau x silap..ikut rombongan tadika Iris

    ReplyDelete
  2. Wah masuk percuma ye. Cuti sekolah ni boleh la bawak anak2 melawat muzium polis diraja 😊

    ReplyDelete
  3. nak bawa anak juga la ke sana,yang kecikni minat nak jadi polis

    ReplyDelete
  4. teringat dlu masa zaman sekolah, sekolah rajin buat rombongan ke tempat2 bersejarah macam ni,pergi muzium..tapi skrg ni tak pasti sekolah masih buat lagi ke lawatan sambil belajar macam dlu..sebab nieyl tgk anak2 buah nieyl tak ada pulak pergi rombongan sekolah ni

    ReplyDelete
  5. Bestnya muzium dia.. Nak bawa anak-anak, best nie..

    ReplyDelete
  6. Saya tak ingat sama ada sudah pergi ke tak muzium ni.. Banyak juga muzium sudah pergi, sampai lupa dah pergi ke belum.. haha

    ReplyDelete
  7. mesti seronok baca pasal kes polis dekat muzium ni. nak pergi jugak lah nanti.

    ReplyDelete
  8. nampak menarik jugak ye kak, ada masa nak pergi jugakla si aiyan msti suka

    ReplyDelete
  9. Anak saya suka sangat dengan museum. Apalagi kalo informasi di dalamnya jelas dan interaktif. Makanya setiap kali kami traveling kemanapun, sebisa mungkin cara wisata museum di tempat itu.

    Thank you sharingnya kak, next saya ke KL lagi, tempat ini bakal saya datangi👍. Nampak menarik pun.

    ReplyDelete
  10. Hai, Terima Kasih artikelnya bagus sekali. BTW Salam sesama blogger saya pingin berteman dengan awak :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah pergi Muzium Polis ni... best juga explore, nak pergi jugalah nanti

    ReplyDelete
  12. banyak kali lalu dpn muzium ni tp singgahnya idok... tu laa sy😁😁. mmg menarik! byk benda kita boleh belajar drpd lawatan ke muzium ni. ada rezeki nnt sy nk pergilah...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post