Lunch di Sultan Salai Simpang Ampat, Melaka

Ni adalah entry terakhir trip mama ke Melaka bulan Mac lepas. Sebelum balik Shah Alam sempat kami Lunch di Sultan Salai Simpang Ampat, Melaka. Tempat ni hampir sangat dengan tol Simpang Ampat so senang la sebab satu jalan je. 

Baca juga:


Lunch di Sultan Salai Simpang Ampat, Melaka

Lama dah mama nampak kedai ni sebab everytime lalu roundabout nak masuk ke tol Simpang Ampat kita boleh nampak signboard Sultan Salai ni. Akhirnya barulah kali ni dapat merasa. Kedai dia besar juga dan parking pun senang.

Memang banyak menu salai kat sini. Pilih je mana yang korang berkenan. Makanan semua dah siap letak dalam mangkuk macam ni. Cuma ambil dan bawa ke kaunter untuk dikira

Menu ikan. Setiap menu ada harga tertulis di depannya

Ada juga menu lain selain salai

Ni best sebab banyak betul pilihan cicah2 dan ulaman

Ni salai pilihan mama

Makan dengan ulam mmg sedap



Salai kat sini memang kaw dan pedas tau. Sedap memang sedap. Cuma yang tak bestnya semasa kami datang tu mmg tgh ramai orang. Tetiba nasi habis pula. Lama kami tunggu nasi masak, bila dah masak nasi tu rasa mentah pula. Frust juga kitaorang. Tapi sebab dah tunggu lama, kami share2 je la nasi yg ada ambil sebelum ni.

Tempat duduk banyak


Maklumat Sultan Salai Simpang Ampat, Melaka


Sultan Salai - Daging Salai, Itik Salai, Siput Sedut Masak Lemak @ Simpang Ampat, Melaka

Alamat: 78000 Alor Gajah, Malacca

Masa Operasi: 10 pagi - 5 petang


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. seronok tengok ikan baung masak lemak tu. nak makan entah bila haha

    ReplyDelete
  2. Banyaknya lauk salai kat sini.

    ReplyDelete
  3. Selalu nampak sultan salai ni..betul2 area round about tol Simpang Ampat tu kan..x pernah singgah lagi..nanti nak singgah la

    ReplyDelete
  4. Sambal-sambal sampai ke budu tu bikin terliur-liur.
    Baung salai masak lemak tu nampak sedapnya ya ampun!

    ReplyDelete
  5. buat spoil selera org je bila nasi mentah ni... adehhh

    teringin pula nak mkn keli salai msk lemak fuhhhhh👍👍

    ReplyDelete
  6. nampak sedap2 menu tu mama, cik ash tak pernah sampai lagi Melaka, dulu masa arwah kakak duk melaka ada rancang nak pergi tapi keadaan tak mengizinkan sokmo.

    ReplyDelete
  7. Gulai ikan salai ini memang sedap,ada aroma-aroma asapnya yg bikin harum

    ReplyDelete
  8. Rasa tidak seronok kalau nasi tidak berapa masak.
    Elok ada harga setiap makanan.

    ReplyDelete
  9. semua nampak sedap.. ni dekat ngan rumah kawan MA ni.. simpang ampat...

    ReplyDelete
  10. Saya memang belum puas ke melaka. Pasti nak datang lagi dan nanti mau eksplor tempat wisatanya. Krn kemarin 3 malam cuma di JONKER kak 🤣🤣. Tujuan nak santai soalnya

    Salai itu lauknya di smoked kan yaa? Baru setelah itu diolah jadi masakan , gitu bukan? Kalo benar, berarti saya pasti sukaaaa lauk di sini.

    Dulu pernah dimasakin Ama asisten saya, ikan asap, dimasak lemak Chili api, sedaaap sangaaat. Sejak itu sukaa kalo daging atau ikan di asap kan dulu. Sebelum di masak .

    Eh tapi ini kalo pemahamanku bener ya ttg salai 😅. Soalnya tadi Googling dan salah satu blogger Malaysia pernah ada yg jelaskan ttg salai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fanny is smoked. masak lemak cili padi sedap sgt .. melaka ni walaupun negeri kecil tapi 2-3 hari tak cukup untuk explore melaka.. nnti dtg lagi tau

      Delete
  11. Sedap plak tengok especially the sambal n ulam2..

    ReplyDelete
  12. Wah.. Tergodanya saya tengok ulam-ulaman dan sambal-sambal tu..

    ReplyDelete
  13. Dulu Belajar kat Simpang Ampat ni..UniKL situ..macam belum ada kot ni..nanti lah bebila nak singgah..hehehe

    ReplyDelete
  14. tengok lauk pauk terutama masak lemak dia tu, sambal & ulam-ulaman dah tertarik, eh sekali nasi tak baper masak..spoileddd...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post