Beberapa bulan ni mama kerap ke Bukit Kapar untuk urusan rumah. Sebab tu sekali sekala kami singgah makan di area sana. Satu hari tu kami Lunch Nasi Kenduri di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari, Bukit Kapar Selangor. Mula-mula mama saspen juga kenapa en husband berhenti kat rumah org kahwin. Rupanya konsep kedai ni memang macam ni hihi..
Lunch Nasi Kenduri di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari, Bukit Kapar Selangor
Tengok lah macam mana kedai ni. Dengan bunga manggarnye, susunan meja, susunan lauk pauk dan lagu kenduri yang dipasang kuat. Memang la mama ingatkan kenduri kahwin sapa..
Antara menu kenduri yang ada. Ada nasi tomato, nasi briyani, nasi hujan panas, etc.
Mama ambil nasi hujan panas fav mama
Anak mama punya
Penuh pinggan en husband mama. Lapo sgt tu..
Inilah harga kesemua makanan kami termasuk air. Kalau tak silap mama air dia free, ambil aje kat depan tu mcm kendur kahwin tapi mama tak ingat pula.
Puas hati juga makan di sini. Memang terasa macam pergi kenduri. Sesekali terasa nak pi kenduri bolehlah singgah lagi. Semasa makan ada byk monyet di seberang parit besar, dan mama nampak pekerja sini campak makanan utk diorg. Monyet pn dtg makan kenduri hihi. Siap ada baby tau.. Bagus berkongsi rezeki. Monye ada jauh di seberang parit bear so tak ganggu orang tengah makan.
Maklumat Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari
Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari
Alamat: Pdg, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor
Waktu operasi : 8 am–8 pm (Rabu tutup)
mp punya typo hujan jadi huna...rasa macam sengau pulak masa nyebutnya ahaksss
ReplyDeletehaha ada typo.. jari gumuks la ammi. udaoh dibetulkan. ada makna apa2 ke perkataan huna tu
Deletewah...special hari2 boleh makan lauk kenduri...
ReplyDeletekan.. kekadang tu dtg craving juga kan
DeleteWowww bestnya lauk pauk kenduri kawin ni.
ReplyDeleteWah.. Mengancam betul.. Bila-bila je boleh makan nasi kenduri..
ReplyDeleteWow..menarik konsep dia..
ReplyDeleteUniiiik lah konsep dia 😄👍🏿. Pakai lagi yg sering diputar di kenduri kahwin juga, betul2 totalitas 😄.
ReplyDeleteLauk pun terlihat sedap kak. Nak juga saya datangi kalo kesana lah. Pengunjung agaknya pakai baju bagus layaknya ke kenduri, biar sama2 berasa kayak kenduri betulan 😂
pernah dgr pasal kedai ni..menarik je. kalau dekat dah try dah..amik mood gitu
ReplyDeletePernah terbaca ada perempuan mengandung ni mengidam makan nasi kenduri tapi masalahnya taknak nasi kenduri dekat kedai, nak nasi kenduri dekat kenduri betul2. Naya betul tu 😂
ReplyDeleteKalau tak salah saya pernah lihat salah seorang YouTuber asal Indonesia, TanBoy Kun pernah datang ke warung nasi kenduri kahwin ini..unik memang konsepnya
ReplyDeletebestnye, boleh mkn nasi kenduri bila2 je.
ReplyDeleteBijak bertul la tema macam ni. Memang akan menarik perhatian. Ni dengar nama je dah rasa nak pergi. hihi.
ReplyDeletekedai ni famous masa PKP sbb time tu kan kite x boleh buat kenduri. bagus idea ni.
ReplyDeletepenah nmpk kat Paya Rumput Melaka pun ada buat mcm ni. tp x laa semeriah yg ni siap bunga manggar bagai...
uihh deko dia mmg macam kat umah orang kenduri kawin..mcm pernah tgk kedai ni masuk kat tv, tapi x sure rancangan apa...rare cara dia deko ni..hari2 org dtg makan nasi kenduri kawin...hehe
ReplyDeleteRasa macam Abang Man pernah datang sini dengan anak bongsu Kak Sue, si Adik. Lain kali boleh lah Kak Sue cuba jugak.. hehehe..
ReplyDeletekorang ada rumah kat kapar ya? menarik ni kalau tetiba teringin nak gi kenduri tapi takde jemputan
ReplyDelete