Uniknya Makan Steak Dengan Coklat di #KBBSTEAK

Steak dan coklat? Tentu korang tak pernah terlintas nak makan Steak dengan Coklat kan. Bunyinya macam mustahil tapi sebenarnya menu unik ni telah pun wujud dan mendapat sambutan dari orang ramai. Jangan lepaskan peluang untuk merasai Coklat dengan steak pertama di Malaysia tau. Uniknya Makan Steak Dengan Coklat di #KBBSTEAK.


Uniknya Makan Steak Dengan Coklat di #KBBSTEAK

Steak yg disediakan dgn kaedah chocolate age


Buat pengetahuan korang, ini adalah gabungan coklat dengan steak yang pertama di Malaysia. Mana ada orang buat daging makan dengan coklat lagi kan. Ini pun first time mama dengar. Korang hanya boleh merasa menu unik ni hanya di #KBBSteak.

Keistimewaan Steak Dengan Coklat di #KBBSTEAK

T Bone chocolate age

Keistimewaan Steak Dengan Coklat di #KBBSTEAK antaranya adalah seperti berikut:

  • Dimasak dengan oven istimewa, Josper Oven . Oven ni adalah oven arang yang dibawa khas dari Sepanyol.
  • Steak coklat dimasak dengan arang, tidak seperti kebanyakkan steakhouse lain yang memanggang steak guna dapur gas. Kerana itu rasanya lebih lazat dan kuat rasa smokey.
  • Rasa coklat bercampur dengan steak yang unik dan ternyata sedap



Tentang Josper Oven:

Ketuhar Josper Charcoal Grill di #KBBSTEAK berasal dari Sepanyol dan beroperasi menggunakan arang sepenuhnya. Aroma tambahan dari pembakaran arang inilah yang menambahkan rasa unik kepada steak ni. Permukaan stik akan menjadi perang sekata dengan bahagian luarnya sedikit rangup. Steak jadi lebih juicy, lebih sedap dan lebih smokey. Wow!




Tentang Coklat Aged:



Penyediaan steak coklat di #KBBSTEAK menggunakan kaedah coklat aged. Caranya daging disalut dengan coklat di seluruh permukaannye dan coklat disimpan dalam dry ager sekurangnya 21 hari. Cara ini akan membuatkan tekstur lebih lembut dan rasa daging lebih kuat. Apabila dimasak dalam Josper Oven, hasilnya daging terasa lemak manis, smokey, dan ada hint rasa coklat. Steak coklat ni dah nampak sedap dengan melihat rupa dia aje. Rasa coklat tu memang unik dan surprisingly sedap dan sesuai dengan masakan steak. Kalau korang nak tahu macam mana unik rasanya tu korang kenalah cuba sendiri.



T Bone Chocolate age

Menu di #KBBSTEAK

Selain steak coklat yang unik, ada juga menu lain yang boleh dipilih di #KBBSTEAK. Kesemua menu adalah premium dan patut dicuba. Antara menu yang boleh dipilih adalah seperti berikut;

Hickory Backribs adalah antara bestseller di #KBBSTEAK. BBQ coated backribs dihidang bersama fresh coleslaw dan cajun fries berharga RM160.

Another bestseller ialah wagyu burger berharga RM 66. Dibuat dari homemade wagyu patty, fresh lettuce, beef bolognese sauce, keju slice dan dihidang bersama cajun fries.

Feast Platter, hidangan untuk 3-4 orang. Di dalamnya terdapat angus/ wagyu sirloin steak, backribs, herb crusted salmon steak, smokey BBQ lambrack, fresh salad, loaded baked potatoes dan 4 air minuman. Harga promo RM 399

Terdapat banyak lagi menu dengan lebih banyak berharga bawah RM100. Ada spicy rice bersama steaks atau salmon, itik, pasta, nachos, hidangan kentang dan air special. Kalau nak tahu boleh tengok di website #KBBSTEAK.



Maklumat #KBBSTEAK

Untuk maklumat lanjut korang boleh kunjungi Media Sosial #KBBSteak seperti di bawah ni

Bagi yang ingin berkunjung ke #KBBSTEAK di bawah ini adalah alamat bagi kedua-dua outlet iaitu di Kota Bharu Kelantan & Kuala Terengganu Terengganu.

KBB Burger & Steak Kota Bharu

Alamat: No 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu,
Kelantan.
Operating Hours: 12.00PM – 11.00PM (Daily Open)
No telefon: 010-258 1001

KBB Burger & Steak Terengganu

Alamat: Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Operating Hours: 12.00PM – 11.00PM (Daily Open)
No telefon: 010-254 1001


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. Tak pernah lagi makan strak dengan coklat...rare betul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar macam pelik kan kak, tapi rasa dia unik dan rasa steak lagi kuat.. moh le kita g ganu dan kelate boleh try nnti

      Delete
  2. Alahai, kalau dekat KL tu boleh la jugak try. Steak + coklat, dua2 makanan kegemaran 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sama la mama pun suka coklat dan steak. kalau bergabung jadi kuasa dua

      Delete
  3. wow rare steak dgn coklat
    Jemput singgah blog sy ye mama

    ReplyDelete
  4. pernah dgr but lum pernah cuba lagi ..sedap ke?

    ReplyDelete
  5. rasa tak sanggup kombinasi cokelat dengan daging...mungkin belum cuba lagi

    ReplyDelete
  6. Wah lain dari yang lain nie Adda..

    ReplyDelete
  7. Tak terkomen untuk steak ni. Premium sangat sampai nak masuk tempat2 macam ni pun takut.

    ReplyDelete
  8. Boleh Cuba nak tengok kena ke tak ngan tekak..hehe.. Sesekali try benda rare...

    ReplyDelete
  9. Steak + chocolate, first time dengar ni.

    ReplyDelete
  10. Jarang"dengar, apalagi mencoba😄

    ReplyDelete
  11. first time dengar ni... leh cuba nanti...

    ReplyDelete
  12. Ok, td saya membayangkan steak pakai saus coklat sebenernya, yg mana saya tak anggab itu bisa masuk 🤣.

    tapi ternyata setelah baca penjelasan kakak, ini daging aged yg ditutup coklat, dan didiamkan 21 hari . Kalo tipe begini saya bisa bayangkan rasanya akan seperti apa. 👍👍. Karena beda metode yg dipakai. Kalo metode aged begini, memang lah rasa daging tidak akan berubah, tapi nanti akan ada hint manis dari coklat.

    Soalnya kalo denger daging dengan coklat, jujur saya teringat produk gagal KFC Indonesia yg menciptakan ayam goreng pakai saus coklat 🤣🤣🤣🤣. Itu produk mereka paling aneh sedunia, dan cuma bertahan sebentar hahahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya fanny, methodnya berlainan makanya tentu Rasa dia tak Sama macam daging cicah coklat kan.. perlu Rasa sendiri ini

      Delete
  13. wahh unik... tapi penggunaan coklat memang meluas kalau dalam masakan kann

    ReplyDelete
  14. Unik betul ya makan steak dengan coklat..rare betul menu dia ni...

    ReplyDelete
  15. the combination tu rasa dia mesti sedap sbb guna arang lagi..

    ReplyDelete
  16. ala kenapa baru baca dan tak baca masa gi kelantan baru ni... huhu.. coklat aged tu daging dia jadi manis tau.. bestnya..

    ReplyDelete
  17. memang agak unik...kalau tipikal biasa...kopi dengan coklat...strawberry dengan coklat..kali ini daging dengan coklat...

    balik kg nanti boleh try singgah..

    ReplyDelete
  18. alamak...tengok alamat kat pata timur pulok tempatnya

    ReplyDelete
  19. Waduh.. Waduh.. Mengancam betul steak dia..

    ReplyDelete
  20. apa rasa makan steak dgn coklat ya? byk kali dah nampak kat tv... mat saleh laa selalu buat...

    tp yg ni jauh sggh laa nak pegi...🤭

    ReplyDelete
  21. wahh menu rare ni..mmg tak pernah makan steak + coklat..errr tak boleh nak byg rasa dia camne..tgk harga kat sini pun, boleh tahan..hehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post