Lunch di Kunyek Seksyen 9 Shah Alam Selangor

Assalamualaikum semua, harini mama nak sambung cerita tempat makan Shah Alam. Aritu mama makan di Q Bistro kan. Kali mama Lunch di Kunyek Seksyen 9 Shah Alam Selangor pula. Keduanya berada di Seksyen 9 Shah Alam.


Lunch di Kunyek Seksyen 9 Shah Alam Selangor 

Tengok dari depan kedai memang cantik kedai ni. Tempat ni dulu ialah Ani Sup Utara

Baca juga:


Mama suka permainan warna bagi kedai ni. Nampak lively


Dalam kedai pun sangat selesa dan luas

Kat sini sistem layan diri. So, kena order dikaunter dulu ye. Lepas makanan siap, kena gi ambil sendiri makan ka restoran fast food tu.

Lunch kami. Mama dan en hubby order ayam kunyit. Ada sup dan banyak sayur dia. Puas hati makan. Selain ni kami ada add on lauk daging dendeng untuk nghaso-nghaso. Ntah mana pula mama letak gambar daging tu tak jumpa hihi.. byk juga potion dia

Inilah harga keselurahannya


Menu dan Senarai Harga di Kunyek Seksyen 9 Shah Alam Selangor 


Ayam goreng kunyit sebenarnya rasa dia biasa je. Kalau tambah kunyit sket mesti lagi sedap. Ayam pun  agak kering dan keras. Daging dendeng sedap tapi agak liat la pula. Sambal, sup dan sayuran sedap semuanya, LULUS.. Sayur banyak dan fresh. Overall ok la makan kat sini kalau korang rasa boleh terima. Tapi masih perlu improve dari segi rasa.


Maklumat Kunyek Seksyen 9 Shah Alam Selangor 

Kunyek Shah Alam

Alamat: 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9 am–5 pm kecuali Ahad 11 am–7 pm


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. atas kedai ni ada kedai dessert kan? sy lupa namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kedai kek jalan tiung. cousing mama keje situ heee

      Delete
  2. Dekat terengganu ada juga kunyek ni tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  3. mula2 pelik dgn nama kedai ni rupa2nya makanan2 berkunyit. Ye la kalau taruk nama kedai kunyit kang ada yg salah anggap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiki ye tak ye juga ye. pelik pula KUNYIT hihi

      Delete
  4. unik betul ejaan nama kedai dia..

    favourite saya gak tu ayam goreng kunyit..saya bila makan menu ni penentu sedap ke tak, sambal dia..

    ReplyDelete
  5. Unik nama kedai, nampak sedap semua.

    ReplyDelete
  6. Oh kunyek itu kunyit maksudnya ya kak. Berarti menu2nya banyak memakai kunyit di sini. Unik sangaaat ❤️. Saya pun suka warna kuning dia, Krn buat kesannya cheerful . Menu pun banyak ragam 😄. Semoga bisa mampir ke sini suatu waktu nanti.

    ReplyDelete
  7. Kalau liat memang orang tidak berapa suka makan.

    ReplyDelete
  8. kedai cantik tapi kalau rasa ayam dia liat pastu mahal sikit dari kedai makan biasa, memang tak seronok lah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post