Pergi Yang Tidak Kembali

Assalamualaikum semua. Korang pekabo? Sejak seminggu ni memang bermacam-macam perkara terjadi kepada diri mama dan keluarga. Alhamdulillah baru harini dapat bekerja semula dan berbalik kepada jadual biasa. Beberapa hari sebelum ni jadual mama semua lintang pukang, dinner kul 2 pagi, ada masa tak dinner, lunch kul 4ptg, tidur pun tak menentu dan ke sana ke sini membuat urusan.

Baca juga:


Rumah baru mak mertua mama.. persemadian abadi untuk kita semua satu hari nanti..

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Alfatihah buat ibu mertua mama yang Allah jemput kembali kepadaNya pada hari Jumaat lepas. Sejak petang Rabu dia dah mula kesakitan dan hari Khamis pula mama kena hantar anak mama ke utara. Sempat lah kami bersalam, bercium2 dan meminta maaf dengan MIL. Hari Jumaat kami kembali dan mama menemani MIL sehingga nafas yang terakhir.

Ramai yang kata MIL mama tunggu kami berdua sebab dia asyik bertanya adakah kami dah sampai. Rupanya dia pergi selepas 3 jam kami sampai.


Alhamdulillah.. perginya dengan tenang. Sempat diajar dan mengucap kalimah Lailaha illallah dan perginya dengan aman. Terasa lagi genggaman tangannya yang kuat sehingga ke akhir nafasnya. Semoga Allah merahmati rohnya. Arwah menghidap cancer tahap 4 dan sudah under palliative care.

Sejak arwah mak dan ayah mama tiada, MIL inilah yang selalu join kami makan angin dan kali terakhir adalah trip kami ke Langkawi bulan Februari aritu. Dia memang enjoy jalan-jalan dan makan-makan macam mama. Mama tak sempat lagi nak buat post Langkawi tu. Dia ada bagitau mama yang dia terigin nak pi Langkawi. Lama tak ke sana. Alhamdulillah tercapai hasratnya. Setiap urusan jenazah mendatangkan keinsafan kepada bakal2 jenazah seperti mama. Semoga kita semua berakhir dengan husnul khotimah. Amin. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. salam takziah...alfatihah utk arwah MIL

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Baru dengar ceramah pasal kematian. Adakah kita bersedia?
    Semoga arwah tenang di alam barzakh. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Innalilahwainailarojiun salam takziah kak

    ReplyDelete
  4. Innalilahiwainailahirojiun.. salam takziah Adda..

    ReplyDelete
  5. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat mama dan seluruh keluarga.
    Didoakan agar arwah mil ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

    ReplyDelete
  7. Inalillahi wainailaihi roziuun,semoga arwah almarhumah di terima di sisi Allah SWT..aamiin

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainna lillahi rojiun... salam takziah mama

    ReplyDelete
  9. salam takziah
    innalillahi wainna ilahi raajiun

    ReplyDelete
  10. Innalillahi wa inna ilaihi roo-ji'un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  11. takziah untuk kak adda sekeluarga. lega dapat tunaikan keinginan dia dekat hujung waktu tu. semoga roh arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  12. Ya Allah sedihnyaaa, semoga almarhumah MIL dilapangkan selalu kuburannya, diterangi, dan diampuni segala kesalahan beliau.

    ReplyDelete
  13. Salam takziah akak...
    Rezeki akak dapat jumpa MIL sebelum dia pergi selama-lamanya...
    Nieyl tak ada rezeki, sebab masa tu PKP dan segalanya di uruskan pihak hospital..
    MIL nieyl juga adalah MIL yang paling sporting,baik dan seorang yang tak pernah tanya tentang soal anak dekat nieyl..semoga mereka semua tenang di sana...Al fatihah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post