Boikot Ekonomi Sebagai Strategi Melawan Zionis: Nasihat Dan Panduan. Assalamualaikum semua. Di hari jumaat terakhir tahun ini mama nak share berkenaan artikel dari website Mufti WP ini. Sekarang ni bila nak beli sesuatu produk memang mama check dulu adalah perlu diboikot atau tak. Dulu-dulu mama tak buat fully boikot mengenangkan pekerja-pekerja di syarikat berkenaan adalah dari kalangan rakyat Malaysia dan mama taknak menghancurkan periuk nasi mereka. Teapi memandangkan zionis laknatullah tu memang kejam dan tidak menghiraukan segala apa jua kecaman maka kali ni mama rasa mama perlu support bersungguh-sungguh usaha boikot ini agar saluran perbelanjaan ke arah menghapuskan saudara kita di Palestin boleh lenyap.
Boikot Ekonomi Sebagai Strategi Melawan Zionis: Nasihat Dan Panduan
Boikot sebagai strategi melawan kezaliman
Sejarah pemboikotan yang pernah dilakukan benar-benar memberi impak yang besar kepada negara Israel sebagaimana pada tahun 1945 satu resolusi dikeluarkan bertajuk “The Boycott of Zionist Goods and Products” hasil pertemuan tujuh anggota Liga Arab. Di dalamnya terkandung bahawa sebarang produk keluaran Yahudi hendaklah dikira tidak dikehendaki dalam negara Arab dan seluruh warga Arab samada institusi, organisasi, usahawan, ejen dan individu mestilah menolak untuk berurusan, mengedar atau menggunakan produk keluaran Zionis. Kesan daripada pemboikotan ini ekonomi pasaran dan sumber serantau Israel terjejas teruk sehingga Israel terpaksa menyuarakan bantahannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)[3].
Hukum muamalah dengan orang Yahudi
Secara umumnya hukum bermuamalah dengan orang Yahudi adalah harus selagi mana ia adalah produk yang halal. Dalam sebuah riwayat Nabi SAW pernah berurusan dan memberi cagaran dengan seorang Yahudi seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW.”
(Riwayat Muslim)
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis di atas menyatakan bahawa keharusan bermuamalah dengan orang bukan Islam sememangnya telah disepakati para ulama. Namun, keharusan tersebut adalah terhad kepada perkara yang dibenarkan sahaja, sekiranya transaksi tersebut boleh membawa kepada perkara yang haram seperti menjual senjata kepada musuh Islam, sebarang bentuk yang boleh membantu untuk menegakkan syiar agama mereka, membeli kitab agama mereka dan seumpamanya maka muamalat tersebut diharamkan[4].
Imam Ibn Battal pula berkata:
مُعَامَلَةُ الْكُفَّارِ جَائِزَةٌ، إِلا بَيْعَ مَا يَسْتَعِينُ بِهِ أَهْلُ الْحَرْبِ عَلَى الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Berurusan dengan orang kafir dibolehkan, kecuali menjual apa yang boleh membantu mereka untuk memerangi orang Islam[5].”
Dalam al-Quran Allah SWT memerintahkan untuk saling bantu membantu dalam kebaikan dan mengharamkan saling tolong menolong dalam perkara kemaksiatan dan permusuhan. Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢﴾
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
Surah al-Ma’idah (2)
Walau bagaimanapun, ulama membahagikan saling membantu dalam perkara kemaksiatan kepada dua bahagian iaitu membantu secara langsung dan membantu secara tidak langsung. Sepakat para ulama jika kerjasama itu adalah kerjasama secara langsung maka hukumnya adalah haram. Namun sekiranya kerjasama itu kerjasama yang tidak langsung, maka ulama membahagikan pula kepada 4 situasi:
- Apa-apa yang boleh membawa kepada perkara haram secara pasti iaitu pada asalnya ia adalah harus namun disebabkan faktor-faktor lain seperti boleh menyebabkan perkara haram maka hukumnya adalah haram.
- Sesuatu yang kebiasaannya boleh membawa kepada perkara yang haram maka dalam hal ini ulama mazhab Maliki dan Hanbali menilainya sebagai haram.
- Apa-apa yang menurut sangkaan boleh membawa kepada haram maka ulama dalam hal ini tidak mengharamkannya, namun mengambil langkah berhati-hati itu adalah lebih baik.
- Perkara yang sama sekali tidak membawa kepada sesuatu yang haram maka sepakat ulama bahawa hukumnya adalah harus[6].
Selain itu, Dr. Walid bin Idris al-Manisi ketika membincangkan berkenaan parameter saling membantu ke arah dosa dan kemaksiatan beliau membahagikan kepada empat kategori:
- Kerjasama secara langsung dan diniatkan padanya membantu ke arah maksiat (mubasyarah maqsudah), seperti memberi arak kepada seseorang untuk membolehkannya minum arak tersebut.
- Kerjasama secara langsung tanpa niat (mubasyarah ghairu maqsudah): Contohnya menjual barang yang tiada kegunaan lain melainkan ke arah perkara haram, namun tidak diniatkan penjualan itu untuk digunakan pada perkara yang diharamkan itu.
- Kerjasama dengan niat, secara tidak langsung (maqsudah ghairu mubasyarah): Memberi duit kepada seseorang untuk orang tersebut membeli arak.
- Kerjasama tidak langsung dan tanpa niat (ghairu mubasyarah wa la maqsudah): Contohnya memberi seseorang duit tanpa apa-apa tujuan khusus, kemudian penerima tersebut membeli arak dengan duit tersebut. Kategori ini juga merangkumi muamalat jual beli, sewaan dan sedekah dengan orang-orang Musyrikin. Jika mereka menggunakan duit yang kita sumbangkan ke arah maksiat, kita tidak dikira berdosa[7].
Hukum terlibat dengan boikot
Berhubung dengan isu hukum memboikot, ia mestilah dilihat kepada keadaan. Terkadang boikot boleh menjadi wajib apabila produk atau syarikat berkenaan memang memberikan bantuan secara langsung untuk membunuh umat Islam. Sebagai tanda solidariti kepada saudara di Palestin sepatutnya umat Islam berganding bahu menunjukan protes di atas kekejaman yang dilakukan kepada rakyat Palestin. Jika melemahkan musuh tidak sempurna melainkan dengan boikot, maka ia menjadi wajib sebagaimana kaedah:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Maksudnya: “Suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib[8]”
Boikot adalah salah satu bentuk jihad menggunakan harta dengan tidak membeli barangan keluaran pihak musuh atau yang menyokongnya. Setiap orang hendaklah berjihad dengan kadar kemampuan masing-masing. Allah SWT berfirman:
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ
Maksudnya: “Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya”
Surah al-Talaq (7)
Meskipun ayat ini berkenaan nafkah untuk wanita yang sedang beriddah dan ibu yang menyusu, namun menurut Syeikh Tahir bin Asyur ia terpakai juga kepada setiap infak yang dituntut kepada seorang muslim, sama ada wajib atau sunat, iaitu memberikan infak mengikut kemampuan[9]. Meskipun usaha oleh sebuah negara yang kecil Malaysia di samping kempen boikot yang bermusim, namun teruskanlah apa yang mampu, walau sekecil apa pun ia pasti akan dinilai dan dilihat oleh Allah SWT
Panduan dan parameter boikot
Selain itu, panduan berikut amat wajar dipertimbangkan agar boikot yang dilaksanakan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah:
1 - Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.
2 - Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah.
3 - Kita hendaklah melaksanakan kempen boikot secara bijak dan berhikmah dan tidak bertindak dengan cara ekstrem dan melulu seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki, mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.
4 - Kita juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak yang tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan oleh jenama tertentu sahaja, atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya.
5 - Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain.
Wallahu a‘lam.
Artikel penuh di website Mufti WP
Terpeinci pasal muamalat dengan bukan Muslim dan boikot.
ReplyDeletemufti kita yg tulis tu NA.. artikel sebenar lagi terperinci
Deletesaya baca kt X tadi. katanya kesan boikot ni secara tak lanngsung bantu BMF. n banyak produk BMF yg hmpr muflis dpt bernafas kembali akibat boikot ni
ReplyDeletealhamdulillah.. secara tak langsung produk BMF naik.. bagus juga kan
DeleteGood sharing kak 👍👍.
ReplyDeleteSaya sendiri juga melakukan boikot. Tapiiii, saya tak nak memaksa teman bahkan keluarga saya utk lakukan hal yg sama. Bagi saya, biarlah ini keinginan masing2 saja. Kalo memang nak bantu Palestine, lakukan sesuai yg mampu. Bisa lewat boikot, donasi, atau share apapun di media sosial. Suami saya msh makan di McD, tapi saya pantang kesana. Cuma saya tak larang dia, Krn saya mau itu DTG dari nurani dia.
Tapi utk Bbrp hal pun saya tak bisaa lepas dari sebagian produk israhell ini. Cth nya royal canin, Krn kucing saya hanya mau brand ini. Selain itu mereka tak nak makan. Tak mungkin juga saya korbankan mereka , jadi sampai saat inipun saya msh pakai royal canin untuk anak2' bulu di rumah.
mama setuju fanny. tak perlu paksa org lain. kita pu buat mana yg terdaya. mama percaya semua co yg support israhell ada juga rankingnya.. yg besar rankingnya patut kita sungguh2 boikot baru nampak hasil
DeleteSaya berusaha untuk tak memakai dan belanja produk "yang mendukung,meskipun terlihat kecil mudah"an ikut membantu
ReplyDeletealhamdulillah, mari sama2 kita lakukan apa yg terdaya
DeleteBertahun dulu masa Israel bedil Palestin, saya cuma boikot McD lepastu pi makan balik sebab review. Sekarang, saya bukan boikot McD je, dengan brand lain yang support Israel saya dah start boikot. Unilever, wipro, p&g semua saya elakkan beli kecuali kalau memang takde sangat substitute untuk produk tu macam febreze, terpaksa beli jugak..
ReplyDeletealhamdulillah.. sama dgn mama juga rini. mama pn mcm tu. dh tak boleh jadi ni. nampaknya kena boikot betul2 secara serius kan. baru ada hasil
Deletesy boikot juga... cuma kdg ada produk yg sy mungkin terlepas pandang... so far yg besar2 sperti MCD, Starbucks, sy tak pernah cuba.. Cola, Mostly yg fastfood sy dah berhenti dan beli di warung, gerai atau support restaurant tempatan sahaja.
ReplyDeletemoga ada banyak info berkaitan... saya pun kadang keliru dengan perkongsian yang disebarkan, sebab tak tahun mana yang betul dan salah... kena banyak membaca
ReplyDelete