Assalamualaikum korang. Mama minta maaf kerana tidak timbul hampir seminggu. Secara tiba-tiba mama Dijangkiti Covid Kali ke 3. Ingatkan tahun ni mama clear Covif-19 tapi apakan daya secara tak disangka-sangka dia menjenguk mama lagi huhu.. Tahun lepas mama kena virus ni dalam bulan 4 dan kali kedua pada bulan 11.
Baca juga Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab
Mama sebenarnya sudah sebulan batuk dan susah betul nak baik sampai sakit dada dibuatnya. Kawan-kawan di office pun ramai yang tak sihat. In fact kat mana-mana pun ramai yg tak sihat sekarang kan. So, pagi tu ada opismate mama bertanya sesuatu dan masa tu dia demam. Kami hanya berborak sekejap dalam 2-3 minit je. Petang tu mama mula rasa tak sedap badan dan demam. Balik rumah mama tidur selepas isyak kerana demam. Bila bangun kul 11++ mama terasa nak buat swab test. Terkejut betul bila tengok result positive sedangkan mama saja2 aje nak buat swab. Terus mama tak boleh tidur lepas tu.
Kali ke 3 Covid ni alhamdulillah simptom tak teruk macam kali pertama dulu. Cuma, tak bestnya deria rasa dan deria bau mama hilang sehingga ke hari ini. Allah ambil balik nikmat tu. Harapnya sementara lah. Mama demam selama 3 hari, batuk dan selsema serta sedikit sakit tekak. Sehingga sekarang masih ada batuk dan sedikit selsema. Selepas habis kuarantin mama ada minum ais dan akibatnya mama batuk teruk sampai nak pecah dada. So, skrg mama elakkan dulu ais dan minum air panas aje. Badan masih tak stabil lagi. Sekejap2 terasa sejuk amat, sekejap2 berpeluh2 macam baru lepas marathon.
Apapun alhamdulillah mama telah pun melepasi tempoh kurantin. Apa yang mama perasan jangkitan kali ni memang senang berjangkit. Bayangkan dulu ambil masa 2-3 hari utk virus tu aktif. Sekarang hanya beberapa jam aje. Dan seorang rakan mama terjangkit dari mama. Sedangkan kami berbual sekejap juga dalam 2 minit aje. Beberapa collegue mama yang betul2 exposed dgn mama selama berjam-jam tidak pula terjangkit. Dari sini dah nampak yg imun sistem badan rendah mmg senang berjangkit kan.
Apapun, kita semua kena berhat-hati dan mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai facemask dan sentiasa menjaga jarak serta kerapa cuci tangan. Makanlah vitamin dan supplement untuk kuatkan imun badan. Take care semua.
syafakillah...
ReplyDeleteamin. tq anies
Deletesemoga mama pulih sepenuhnya.
ReplyDeletelepas ni kenalah makan madu sesudu di awal pagi buat tambah antibodi
amin2.. terima kasih ammi. kebetulan semasa batuk sebulan ni mmg ada makan madu. insya allah akan diteruskan
Deletetiba2 musim covid menyerang semula kan kak... moga dipermudahkan dan cepat sihat ye kak...
ReplyDeletebetul dana. jaga diri baik2 ye. tq dana
DeleteSyafakillah Mama 🤲
ReplyDeleteKes pun dah naik balik ni :(
amin tq PH, kena jaga diri baik2 ye
DeleteSyafakillah mama... banyakkan minum air putih, ambik vitamin c dan banyakkan rehat ye.
ReplyDeleteinsya allah. tq carneyz.. take care
DeleteMmg sekrg nie tak disangka2... Semoga cepat sembuh ya mama... Elakkan ais dulu lah
ReplyDeletebetul linda.. mama mmg serik tak makan ais dah buat masa ni, tq n take care
DeleteSemoga diberikan kesembuhan terbaik
ReplyDeleteamin2 tq cuya
DeleteHebatlah mamapp sampai 3 kali kena kobit
ReplyDeleteharap2 kali ini cepat sembuhnya
tidak hebat lah maksudnya tu wak hihi.. kalau hebat zero covid. terima kasih atas doanya
DeleteSemoga cepat sembuh mamapp... sekarang demam je nak kena swab.. ghisau...
ReplyDeleteamin2.. tq naniey. betul tu. skrg dah le mjsim org sakit. once demam kena terus swab check
DeleteHarap deria bau dan rasa itu kembali. Amin.
ReplyDeleteJaga diri.
smoga cpt sembuh
ReplyDeleteCivid-19 kali varian Omicron...cepat merebak dan jangkitan tidak la serius sangat
ReplyDelete