Review Sacha Homestay Baling Kedah

Assalamualaikum korang.. Kalau mama ke Baling, Kedah memang terdapat beberapa homestay yang mama suka duduk. Pilihan pertama tentlah MR Homestay tapi jika penuh ada kalanya mama bermalam kat sini. Tempat ni agak gelap di waktu malam tak seperti MR Homestay yang berada di pekan tu. Sebab tu tempat ni adalah 2nd atau 3rd choice mama tapi kalau ada yang sukakan privacy dan quietness mesti suka duduk sini. Review Sacha Homestay Baling Kedah


Review Sacha Homestay Baling Kedah

Kat sini ada beberapa bilik dan so far yang mama pernah tinggal kesemuanya studio suite dengan katil queen sebuah. Sebab tu mama akan stay sini kalau kami berdua aje. Kalau bertiga kena bawa tilam sendiri sebab takde tilam spare kat sini.


Unit studio yang kami pernah bermalam

Dalam bilik luas juga

Ada TV dan kelengkapan asas


Bilik air pun selesa. 

Homestay ni sesuai untuk yang mahukan privacy dan ketenangan. Untuk bermalam memang selesa.


Keistimewaan Sacha Homestay Baling Kedah

Homestay ni bersih, selesa dan luas. Owner pun peramah. Owner homestay ni ada tanam pokok sacha ichi disekitar rumah dan juga menjualnya. Mama pernah beli produk sacha ichi dari owner ni dan ternyata membantu mengurangkan symptom long covid mama masa tu.
 
Pokok sacha ichi. Terima kasih kepada owner yang memberi sedikit penerangan tentang pokok ni dan kebaikannya.


Bukan senang nak dapatkan minyak sacha ichi rupanya. Kena press berkilo-kilo biji sacha ichi baru dapat sedikit utk capsule


Boleh lepak depan bilik, ada balkoni


Harga satu malam / Rate Sacha Homestay Baling Kedah

Rate sini murah aje. Mama pernah duduk sini dengan harga RM113++ aje tapi bergantung kepada peak atau tak lah. Kalau public holiday mungkin rate dia naik sikit.



Maklumat Sacha Homestay Baling Kedah

Sacha Homestay Baling Kedah

Alamat: Lot 141, Kampung Banggol Leban, Kampung Bongor Tiga, 09100 Baling, Kedah

No telefon: 019-404 9312


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Sebab tu la minyak sacha inchii ni mahal..

    ReplyDelete
  2. First time tengok pokok Sacha Inchi ni. Patut la mahal. Terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  3. Lama Cuya tak pergi Kedah.. one day kena pergi juga sebab abang kerja sana

    ReplyDelete
  4. Baling memang suasananya aman damai Mama :)
    Baru balik dari sana mg lepas. Nanti PH buat review hstay kami stay, mgkn mama boleh cuba juga.

    ReplyDelete
  5. nanti nak singgah di Baling la masa OTW to Penang... tgok inapdesa pun comel n bersih aje..

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaaa homestay mcm ni
    terus teringat rumah2 kat thailand...

    ReplyDelete
  7. Eh iyaa dalamnya luas yaa. Liat bagian luar saya pikir kecil Krn studio. Ternyata okelaah 👍. Jadi referensi saya juga kalo nanti nak ke kedah

    ReplyDelete
  8. Murah juga tu harganya. Homestay pun cantik dan bersih je.

    by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

    ReplyDelete
  9. Murahnya. Bilik tu sekali dengan dapur ke mama sebab nampak gambar first tu macam ada sink dengan kabinet dapur sebelah katil?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post