Punyalah lama post ni duduk dalam draft. Mama Beli Nasi Kandar Jalil, Butterworth Pulau Pinang ni dah setahun dulu tau. Takpelah mama nak tepek sini sebagai kenangan. Mama singgah di sini semasa mama ke Penang.
Beli Nasi Kandar Jalil, Butterworth Pulau Pinang
Seperti biasa, mama discover nasi kandar ni berdasarkan research en husband. Dia kan suka cari tempat makan. So, mama pun ngikut aje lah.
Inilah antara makanan kami
Tak banyak sangat pilihan lauk kat sini. Kedai pun comel je
Kami beli nasi kandar untuk 4 orang. Nasi kandar ni sedap juga. Harga pun murah je. Total adalah RM 53 untuk 4 nasi kandar. 2 nasi kandar ada 2 side dishes dan 2 jenis sayur, Dua bungkus lagi pula lauk kambing + sayur. Kami tapau juga 2 teh ais dan1 teh o ais. OK lah kan harga tu. Sekarang mama tak sure sama ada harga still maintain atau dah naik almaklumlah sekarang semuanya mahal.
Keadaan dalam kedai. Ramai yang beli tapau aje
Kedai ni terletak di tingkat bawah rumah flat aje u ols
Nasi Kandar Jalil, Butterworth Pulau Pinang
Address: B-G-07, Pangsa Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam, 12100 Butterworth, Pulau PinangMasa operasi : 5 am–11 pm
Tak pernah makan lagi nasi kandar
ReplyDeleteayam goreng tu nampak sedapppp
ReplyDeleteSedap dan murah boleh ulang makan.
ReplyDeleteTengok gambar pun dah nampak sedap... tetibe rasa lapar menerjah.. dah lama sungguh x makan nasik..
ReplyDeleteKena makan terus baru sedap nasi kandar ni. Dapat ayam goreng garing memang nikmat.
ReplyDeletesedap dan murah, sayang masa saya pergi penang aritu, masa sgt pack, sempat makan cendol je
ReplyDeleteTengok gambar nasi kandar tu sedap sangat rasa.
ReplyDeleteKalau liat tampilannya sekilas mirip nasi kuning di sini, cuma lauknya yang beda
ReplyDeleteKalau kuah nasi kandar tu ada kacang panjang lagi ummph!
ReplyDelete