Buat Spek di Eye Trend Optical Specialist, Seksyen 7 Shah Alam

Alkisahnya spek anak mama hilang kantanya selepas balik dari kem di sekolah di Perak. Dis sendiri tak perasan kanta mata kiri hilang sampailah dah naik bas untuk balik ke sekolahnya di Kedah. Alahai anak. So, semasa cuti sekolah lepas mama bawa dia Buat Spek di Eye Trend Optical Specialist, Seksyen 7 Shah Alam. Pada mulanya mama booking appointment di Optimax Shah Alam tapi malangnya bila dah sampai sana tetiba staff situ kata nama mama takde. Hangin juga mama. Ada ke dia suruh mama tunggu giliran sampai semua org dlm tu habis. Dah le masa tu teramat ramai org. Rasa menyesal dulu bagi bintang byk utk kedai ni. Lepas ni mama nak boikot lah.. Geram!


Buat Spek di Eye Trend Optical Specialist, Seksyen 7 Shah Alam 

Disebabkan nak cepat maka mama google dengan segera opto mana yg bagus di Shah Alam ni. Dan mama terjumpa review yang baik2 utk Eye Trend ni. Mama call dan rasa yakin untuk ke sana. Dari phone call pun dah terasa dilayan dengan baik. Mama ada bertanyakan tentang condition anak mama yang ada lazy eye dan maklumat diberi memang amat bagus dan detail.

Keadaan kedai memang selesa sangat


Memang pemeriksaan mata dibuat dengan detail di bilik kkhas. mama lihat lebih kurang sama aje step kalau pergi opto specialist. Baru mama tahu rupanya kalau anak dah besar dan boleh bagi feedback bila ditanya, sebenarnya dah tak perlu jumpa specialist. Jimat duit.

Ruangan kedai. Memang selesa dan puas hati dengan layanan dan kesungguhan opto di sini



Banyak sijil yang diorang ada


Boleh tengok power mata anak mama terbaru di sini.


Dari pemeriksaan details tu, mama diberi penerangan yang detail juga untuk condition mata anak mama. Mama sendiri baru tahu yang anak mama juga ada satu lagi condition iaitu anisometropia di mana sai anak mata mama tak sama antara kiri dan kanan. Difahamkan ianya terjadi sejak lahir. Info ni mama tak dapat masa jmpa specialist dulu tau. Alhamdulillah, semua pertanyaan mama dilayan dengan sabar dan diberi penerangan. 

Selepas itu kami dibantu untuk memilih spek yang sesuai untuk anak mama. Setiap spek yg dicuba diambil gambar dan display di screen. Senang kami nak buat pilihan.

Total spek anak mama berharga RM 518. Banyak juga mama tanya tentang pecahan harga tu. Alhamdulillah mama berpuas hati dengan jawapannya. Mama minta dipercepatkan pembuatan spek sebab anak mama nak masuk asrama. 


Maklumat Eye Trend Optical Specialist, Seksyen 7 Shah Alam


Eye Trend Optical Specialist, Seksyen 7 Shah Alam


Alamat: 35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

No Telefon: 016-314 9216

Waktu operasi: 10.30 pagi - 9.30 malam (Jumaat tutup)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. tinggi bacaan left eyenya.
    anak ammi yang bongsu pun perlu dibuat cermin baru. dah 2x buat hilang manjang. hmmmm

    ReplyDelete
  2. Kena buat seperti kanta kirinya yang hilang.
    Baguslah jumpa kedai alternatif yang bagus. Kalau saya mesti rasa tidak seronok lepas tidak diberi layanan yang baik daripada kedai sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. Harap nya lepas ni tak hilang dah. Mahal nak buat lagi

    ReplyDelete
  4. Lawa dan selesa Eye Trend tu. Puas hati kan kalau servis bagus.

    ReplyDelete
  5. Nasib ada kedai nie, kalau tak jenuh nak menunggu kan Adda..

    ReplyDelete
  6. Syukurnya dapat optik baru yang bagus pelayanan nya,pakai kacamata baru jadi lebih semangat lagi yaa

    ReplyDelete
  7. Jadi tau istilah kondisi anisometropia setelah baca penjelasan disini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post