Crispy Chocolate, Jenama Coklat Tempatan yang Terkenal di Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-50. Untuk meraikan pencapaian yang bersejarah ini, Network Foods Industries Group melancarkan jerayawara (roadshow) kebangsaan yang bermula di negeri pantai timur dan Lembah Klang.
Network Foods Group merupakan ahli kepada Pan Malaysia Corporation Berhad (PMC). Ditubuhkan pada tahun 1973, Crispy Chocolate ternyata mampu bertahan sekian lama. Gigitan rangup coklatnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis yang tidak dapat dilupakan buat beberapa generasi rakyat Malaysia.
Crispy Chocolate, Jenama Coklat Tempatan yang Terkenal di Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-50
Mengulas tentang ulang tahun ke-50 Crispy Chocolate, Pengarah Eksekutif PMC, Andrew Khoo, berkata: “Bagi jenama coklat tempatan meraikan pencapaian penting ini sememangnya suatu detik yang sangat membanggakan buat kami. Ia menjadi bukti nilai jenama Crispy yang terus bertahan dalam bidang yang penuh dengan persaingan dikuasai oleh jenama antarabangsa yang terkenal.
Khoo menyatakan bahawa di peringkat antarabangsa, kurang daripada 10 jenama coklat mempunyai sejarah selama 50 tahun atau lebih lama.
Kejayaan Crispy Chocolate terletak pada rasa malt unik yang diperbuat daripada malt terbaik, koko berkualiti berserta bijirin beras yang dipanggang, menjadikannya bukan sekadar snek yang lazat tetapi juga menyihatkan.”
Network Foods menegaskan bahawa Crispy Chocolate dikategorikan sebagai snek kesihatan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan serat diet.
Sebagai bukti kepada kualitinya yang menyihatkan, Crispy Chocolate telah meraih kemenangan Snek Kanak-kanak Terbaik menerusi Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health (Natural Health Readers’ Choice Award) 2022 dan anugerah khas Industri Koko daripada Lembaga Koko Malaysia. Ia juga diperakui oleh Lembaga Promosi Kesihatan Singapura di samping memperoleh pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI HALAL)
Memanfaatkan popularitinya, jenama Crispy baru-baru ini telah melancarkan sapuan Crispy untuk roti dan bebola malt Crispy Popz untuk dinikmati sebagai sajian snek ringan. Syarikat berkenaan juga menghasilkan rangkaian Edisi Crispy Istimewa yang menggabungkan perasa unik dan menarik cetusan inspirasi dari Malaysia, Korea dan Jepun. Lebih banyak lagi rangkaian Crispy untuk masa hadapan kini sedang dipertimbangkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan maklumat terkini Crispy Chocolate, layari laman sesawang Crispy yang baharu, https://crispychocolates.com, atau ikuti saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.
Tags
LIFESTYLE
Lamanya tidak makan coklat Krispy ini. Betul tengok mengimbau kenangan.
ReplyDeletesedap kan.. sama la zaman kita mmg coklat ni lah kita makan. sedap dan murah
Deletewahhhh dah setengah abad rupanya
ReplyDeletecoklat wajib beli ms zaman kanak2 dulu hahaha
lagi tua dari mama hihi
Deletesedap coklat ni, selalu beli n tumpang makan anak punya je..memang sedappp
ReplyDeleteehh tumpang makan anak punye pulak ye. mesti rasa bersalah kalau beli sendiri kan. takut termakan byk
Deletecoklat peberet kak ana nih mama :)
ReplyDeletesama kak ana.. cuma skrg aje ada kesedaran makan dark choco.. nak kurangkan gula hikhik
DeleteEish... Kenapa mcm lama sgt x jumpa coklat nie... Sedap betul
ReplyDeleteada lagi linda.. kena pandai cari
DeleteAritu Cuya beli satu bar kecik je. RM1......nyesal tk beli banyak
ReplyDeletemurah tu cuya
DeleteLama xmkn
ReplyDeletemama pn
Deletecoklat legend ni. tak sangka dah 50 tahun
ReplyDeletewah, rupanya crispy dah 50 tahun? Lagi tua dari saya, daebaklah lama bertahan dalam market
ReplyDeleteCoklat fav saya ni sejak zaman kanak-kanak... lama tak beli
ReplyDelete