Sebenarnya dah lebih setahun dah cerita Dinner di Port Seafood Kepala Batas, Pulau Pinang ni mereput dalam draft mama. Maka, silalah layan cerita basi mama ni ye huhu.. Mama ke sini masa first time bermalam di Woodsburry. Agak jauh juga nak ke sini tapi sebab mama ada janji nak jumpa kawan di sini maka meredah le kami di malam hari
Dinner di Port Seafood Kepala Batas, Pulau Pinang
Inilah menu kami malam tu
Kami order shell out dan juga set
Ni menu set kami
Ikan bakar
Tomyam ni sedap dan pekat tapi tak termakan kami. Akhirnya tapau bawa balik
Air minuman
Menu dan Harga Makanan di Port Seafood Kepala Batas, Pulau Pinang
Ini ialah Menu dan Harga Makanan di Port Seafood Kepala Batas, Pulau Pinang. Harga tahun 2024 mungkin berlainan sudah.
Honestly makanan kat sini semuanya sedap di tekak mama termasuklah shellout tu. Makanan semua sedap. Harga berpatutan cuma air agak mahal mungkin sebab kami order air special. Shellout dia pedas dan sedap. Servis pun cepat. Cuma dari Woodsburry nak ke sini dimalam hari agak gelap dan melalui jalan kampung. Kalau tak biasa risau juga. Apapun memang puas hati makan kat sini. Total makan untuk 7 orang ialah RM 247
Tempat makan yang luas. Parking pun agak mudah juga.
Nampak cosy je kan
resit dah jadi belacan haha
Maklumat Port Seafood Kepala Batas, Pulau Pinang
Alamat: No 958 Jalan Bawah Penaga, 13100 Kepala Batas, Pulau PinangWaktu operasi: 4 pm–10:30 pm ( Selasa tutup)
sedapnya sotong celup tepungggg
ReplyDeleteAir pun nampak sedap haaa.. Sesuai lah ngan harga dia
ReplyDeleteMenyelerakan..
ReplyDeleteSemua nampak sedap!
ReplyDeleteTidak mengapa Mamapp. Ceritanya saja yang basi, gambarnya tetap menggoda selera!
ReplyDelete7 orang masih kisaran rm247, termasuk muraah lah 😍😍. Mungkin murah karena daerah sana masih dekat laut ya mam. Jadi seafood segar dan murah. Tapi terpenting rasa makanan dia sedap lah 😍🤤
ReplyDeleteLauk nampak semua sedap belaka
ReplyDeletecantik cantiknya gambar makanan yg sis ambil... ldy mmg teruja kalau gambar makanan..
ReplyDelete