First Time Lepak Kedai CU Mart

Mama tahu mesti ramai yang dah pernah shopping di Kedai CU ni kan. CU ni ialah Convenience Store yang famous di Korea. Kat Malaysia dah banyak cawangan dah. Cuma mama je yang  baru First Time Lepak Kedai CU Mart ni. Mama ke sini beberapa hari lalu semasa berada di Ipoh.


First Time Lepak Kedai CU Mart

Mama pergi ke cawangan CU Palo 101 yang terletak tak jauh sangat dari hotel fav yang kami selalu duduik iaitu Hotel Regalodge.



Inilah yang mama beli untuk 2 orang. Kami dah breakfast di hotel tapi beli ni untuk makan kalau lapar dalam perjalanan. Ada peach tea, Americano, mocha panas, ayam dan theobokki (ehh betul ke ejannnya tu) serta cheese corndog bersama super ring. 


Inilah makanan kami. Corndog tu lenkali takyah lebi yg ada super ring. abis berhabuk kena baju, tempat duduk etc haha.. 

Menu & Harga Kedai CU Mart

Ini ialah Menu & harga Kedai CU Mart






Inilah senarai yang kami beli dan harga.

Air peach tea tu memang sedap kami berdua suka. Americano dan mocha pun OK. Mama suka sebab tak terlalu manis. Selalunya mama akan minta kurang manis kalau beli kopi tapi terlupa nak bgtau. So, mocha mama adalah versi biasa tapi OK sebab tak manis sgt pun. Corndog tu pun sedap juga. Theobokki dan ayam tu manis sket. Theobokk manis tapi ayam tu lagi manis bebenor. Mama minta pedas tapi tak pedas sgt di tekak mama. Selalunya makanan korea kan pedas. Tapi ni tak pedas pula.


Mama sempat lepak kat kedai ni beberapa minit. Memang selesa sangat kerusi meja dan suasan memang aman. Mungkin sebab takde orang masa ni. Kedai bersih dan mmg syok nak lepak. Tapi terlupa pula nak ambil gambarnya haha..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. kalau zaty dekat kampus, kerap juga zaty makan-makan dengan roomate dekat cu mart ni. the foodies sedap and memuaskan!

    ReplyDelete
  2. lebih kurang mcm family mart la cu mart ni kan...corndog anak2 eqin cukup suka.mama ni tumpang ank pnya je hehe

    ReplyDelete
  3. Adda, saya belum singgah CU Mart ini.
    Hehe tq bagitahu rasa setiap makanan dan minuman yang dibeli

    ReplyDelete
  4. sejak buka dekat dengan kediaman kak ana ni, anak-anak asyik ke situ je la, kak ana suka makan ice cream depa nih sedap gak hehe :)

    ReplyDelete
  5. CUya pernah masuk..tapi tk beli apa2 pon...

    ReplyDelete
  6. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  7. Naniey first time masuk sini mama yang ajak lepak makan corndog 😀😀
    Kalau tak mama ajak masuk sini memang smpai ke sudah la tak masuk..

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah masuk lagi ke cu mart sebab biasanya kalau ada cu mart mesti ada juga family mart berdekatan. jadi kaki auto masuk ke family mart sebab banyak makanan feveret kami ada kat situ..lagipun kat ganu takde family mart, jadi kalau jumpa tu macam jackpot la

    ReplyDelete
  9. pernah sekali lepak dekat CU Cyberjaya bersama Atin... CU vibe korea sangat.... best menu2 viral

    ReplyDelete
  10. tk pernh try lg..tp ank dh pernh pegi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post