Lunch di Restoran Umi Hajar Ipoh Perak

Assalamualaikum semua. Mungkin ramai yang tahu mama ni kerap turun Ipoh. Tapi kan sampai sekarang mama tak berapa reti nak cari kedai nasi campur kat situ. Kali ni mama nak cerita kami Lunch di Restoran Umi Hajar Ipoh Perak. Kedai makan ni berdekatan aje dengan White House Homestay yang kami bermalam baru-baru ni. Bila baca review di google macam ok, tu yg kami decide lunch kat sini aje sebelum balik Shah Alam.


Lunch di Restoran Umi Hajar Ipoh Perak 

Nampak sedap-sedap makanannya kan. Ni menu bakar-bakar.

Lauk mama. Simple aje untuk menghilangkan rasa lapar. 



Nasi en husband. Sambal kentang tempe tu memang feveret dia. Lagi la simple takde kuah hihi


Antara lauk pauk yang dijual di sini

Nasi campur kat sini banyak pilihan lauk melebihi 20 lauk pauk. Rasa ok, rasa standard dan harga pun berpatutan. Cuma boleh improve lagi bahagian dal kedai especially kat area lauk2 tu pasamg lampu terang sikit biar senang org nak tengok lauk. Mama dan en husband yg mata tak berapa nak cerah ni ambil masa juga nak tegok lauk2 tu sebab agak gelap. Bahagian luar kedai pun boleh improve lagi jgn bagi nampak buruk sgt. Ramai juga yang datang ke sini waktu lunchtime mungkin sebab harganya pun murah. 

Total makanan kami ialah RM 21 bersama air kosong. Minum air kosong sebab lepas tu kami ke family mart cari kopi hihi. 


Tempat lauk 


Maklumat Restoran Umi Hajar Ipoh Perak

Keadaan depan kedai yang tak berapa nak cun sampai mama tak nampak signboard ni. Mama pusing 2 kali baru jumpa.


Restoran Umi Hajar Binti Ismail

Alamat: 2A-1, Jalan Medan Lapangan 2, Medan Lapangan Legenda, 31350 Ipoh, Perak
Waktu operasi : 7 am–10 pm (Ahad tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. suka masuk restoran atau kedai makan yang ada banyak pilihan lauk. Tempe goreng cabai tu kesukaan kami juga. Makan tu saja pun boleh.

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan lauk.. sedap nmpak lauk bakar bakar tu

    ReplyDelete
  3. Baru tengok gambar pertama, saya dah lapar.

    ReplyDelete
  4. kalau ke kedai yg lauk bersusun gini confirm penuh pinggan...kadang2 jadi jam tak tau nak makan pun boleh juga. banyak sampai tak reti nak memilih dah

    ReplyDelete
  5. Lauk pauk cukup lengkap banyak pilihannya juga

    ReplyDelete
Previous Post Next Post