Dulu masa mama mula-mula duduk di Woodsburry, kat Nasi Kandar Deen Mutiara Butterworth Penang ni la first time mama rasa nasi kandar Penang. Tak jauh lokasi dengan Woodsburry sebab tu kami beberapa kali juga singgah sini makan nasi kandar. Kalau dari Kulim nak ke sini melalui sawah padi seronok sangat tengok view sawah padi ni.
Nasi Kandar Deen Mutiara Butterworth Penang
Alahai minta maaf la korang. Every time gambar nasi kandar mesti macam ni. Tak tau mana lauk mana nasik udah bercampur semuanya hihi..
Maaf le korang semua kuah campur jadi gambar pn xmenarik hihi
Ayam berempah dia memang sedap. Kuah dia pekat dan harga murah. Semua lauk kami ambil telur rebus. 4 bungkus dan 2 side dishes plus sotong and 2 extra ayam goreng. Air pula bungkus 4 teh ais, semuanya rm53.20 aje so cheap kan. Kedai ni kecil je.
Harga makanan kami.
Menu dan lauk di Nasi Kandar Deen Mutiara Butterworth Penang
Antara Menu dan lauk di Nasi Kandar Deen Mutiara Butterworth Penang. Ni menu tahun lepas. Mama x sure kalau ada perubahan harga tahun 2024 ni
Maklumat Nasi Kandar Deen Mutiara Butterworth Penang
Alamat: 32, Jalan Murni 1, Taman Desa Murni, 13800 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu operasi: 7 pagi – 11 malam
Waktu operasi: 7 pagi – 11 malam
penah makan sekali amik lauk ayam goreng...
ReplyDeleteok laa bagi tekak saya yg jarang mkn naskan ni
hehehe
Memang murah. Kalau saya akan datang lagi untuk makan.
ReplyDeleteDalam pinggan pun, rupa nasi kandar sudah banjir dengan segala jenis kuah. Tak nampak dah mana lauknya hihihiii....
ReplyDeleteTak apa mam, bagi yg sudah tahu kelezatan nasi kandar Penang, mau seperti apapun platingnya, tetap saja terbayang sedaaaap 😄😄❤️😍. Ini yg bikin saya tak bisa lupakan Penang 😄❤️
ReplyDelete