Review Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang

Salam Isnin semua. Mama sedang kesibukan melampau sekarang so minta maaf sgt2 ye mama jarang blogwalking. Semua post mama kebanyakannya scheduled huhu. Selalunya jika mama ke Pulau Pinang yang bukan pulau, mama suka menginap di Butterworth. Tempat yang mama suka book pula ialah Woodsbury. Kali ni mama nak Review Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang. Mama selalu sangat duduk sini. Mama book melalui airbnb dan mama selalu duduk di Michael unit. Dia menguruskan beberapa unit di situ dan seingat mama, mama dah duduk 3 atau 4.


Review Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang

Dah banyak kali duduk sini tapi baru mama perasan tak pernah review sekali pun huhu. So kat sini mama himpunkan gambar2 unit yg pernah mama duduk ye. Kat sini ada 2 blok so, ikut nasib la dapat unit mana.


View Cantik

Antara sebab mama suka sangat duduk sini ialah view dia superb. Cantik dan tenang aje fikiran bila tengok sungai, awan, gunung,etc

Seronok mama masa ni nampak pelangi kat luar balkoni.

Pemandangan dari unit lain. Boleh nampak jambatan pulau pinang dan pulau dari sini


Waktu malam seronok tengok lampu

Cantik kan


Bilik dan Ruang Selesa

Ruang tamu yang selesa

Ruang tamu unit lain. Ni kat blok A


Dapur serba lengkap

Unit lain pula. Ada microwave
 

Bilik air bersih dan luas.. Bilik air ni boleh masuk dari ruang tamu dan master bedroom. Selalunya ada mesin basuh dalam bilik air


Bilik air kedua


Master bedroom. Katil dia selalunya tak kedekut. Mesti ada 2 katil queen dalam satu bilik. Satu lagi queen saja


Ni bilik unit lain. Kat sini ada unit yg ada 2 bilik dan 3 bilik.

Bilik satu lagi

Sebenarnya ikut nasib juga korang dapat unit mana. Terbaru ni mama dapat unit yg ngadap bandar.. Blok A tingkat 4, unit tu mengadap kedai mama Subaidah yang terletak di seberang jalan. Dan tak semua blok B pula yang mengadap laut.


Pemandangan dari bilik. Boleh lagi la kalau nak sekodeng sikit2 hihi


Faktor Suka Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang

Ada beberapa faktor yang membuatkan mama suka duduk sini. Ada yang mama dah tulis kat atas tu. Jom mama senaraikan
  • Harga berpatutan - Bergantung pada tarikh tapi selalunya unit kat sini murah aje dalam RM130++
  • Bersebelahan Econsave. Suite ini betul2 sebelah Econsave so senang kami nak shopping
  • View yang cantik 
  • Security ketat - ada pro and cons juga. Memang agak ketat sikit security sini tapi kita ikut je la peraturan tu. Tak susah mana pun
  • Unit selesa semua ada aircond dan kemudahan lengkap
  • Ada mesin basuh. Mama pernah duduk sini beberapa hari sekadar meluangkan masa bersama keluarga sehingga 3-4 malam. So, memang amat membantu ada mesin basuh. Mama keringkan baju kat seberang jalan sana.. ada laundry self service. Senang sangat.

Maklumat Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang


Alamat Woodsbury Suite, Butterworth Pulau Pinang

Woodsbury Suites, Jalan Chain Ferry, Kampung Perlis, 12100 Butterworth, Penang


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

3 Comments

Words of wisdom

  1. selesa tu yg penting
    barulah dpt tido nyenyak
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya pernah ke Butterworth, tapi tak pernah stay di sana kalo ke Penang 😄. Masih prefer daerah komtar supaya tak susah transportasi. Tapi kalo bisa sewa mobil di sana, boleh juga nih stay di area lain macam Butterworth. Memang baguuus view-nya ya mam 😍👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post