Buffet Ramadhan 2024 Warna Warni Ramadan di Bangi Golf Resort Selangor

Assalamualaikum semua. Pejam celik tetiba hari ini sudahpun 10 Syaaban. Lagi 5 hari kita akan menyambut nisfu Syaaban dan lagi 20 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Cepat betul masa berlalu. Sebut tentang Ramadhan ni mama nak share Buffet Ramadhan 2024 Warna Warni Ramadan di Bangi Golf Resort Selangor yang banyak pilihan menu dengan harga yang sangat berpatutan. 


Buffet Ramadhan 2024 Warna Warni Ramadan di Bangi Golf Resort Selangor


Buffet Ramadhan 2024 Warna Warni Ramadan di Bangi Golf Resort Selangor sentiasa menjadi pilihan orang KL dan Selangor. Ia semestinya Bufet Ramadan mampu milik dan menjadi pilihan utama penduduk KL dan Selangor.


Senarai Menu Buffet Ramadhan 2024 Bangi Golf Resort Selangor



Bagi bulan puasa tahun 2024 ini, Bangi Golf Resort (BGR) memperkenalkan juadah Bufet Ramadan dengan pelbagai hidangan lazat dan minuman yang menyegarkan. Kesemua menu dimasak menggunakan bahan berkualiti serta yang pastinya pada harga yang sangat berpatutan di Bandar Baru Bangi.




Nikmatilah kegemaran klasik BGR seperti Kambing Golek (kambing yang dibakar secara perlahan), Sup Kambing Mamak yang wangi dan berempah (Sup masakan ala India), Sate Ayam buatan sendiri dan pelbagai bahan sampingan sebagai pelengkap hidangan.



Kegemaran ramai iaitu: Telur Sous Vide dengan Mushroom Espuma. Memang sedap sangat telur ni dan amabt berkhasiat untuk kita



Juga tidak ketinggalan tumpuan utama di BGR adalah Nasi Kerabu; hidangan tradisional nasi berwarna biru yang diperbuat daripada Bunga Telang, dihidangkan bersama dengan pelbagai Ulam-ulaman yang dipetik dari Bangi Farm Resort milik mereka sendiri. Terdapat juga menu nasi lain seperti nasi pilaf fan pelbagai mee goreng.


Menu Special Buffet Ramadhan 2024 BGR Selangor


Pada tahun ini, terdapat menu tambahan baharu dalam menu mereka iaitu: Gyoza Goreng buatan sendiri dengan pelbagai sos istimewa, Bebola Daging Sweden dengan Sos Perang & Kentang Putar, Mantao Goreng dengan Sos Cili Ketam, Ayam Panggang Peri-Peri, Mee Hokkien Pulau Pinang, dan pelbagai pilihan lagi.


Menu Pencuci Mulut Buffet Ramadhan 2024 BGR Selangor


Tetamu juga boleh memilih pelbagai hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kuih tradisional, diantaranya ialah Serawa Durian dengan Pulut Kukus yang terkenal. Terdapat kira-kira 20 jenis pencuci mulut Barat yang terkini termasuklah beraneka jenis Brownies, Kek Span, Durian Puff,


Chocolate Cream Puff, Kek Cawan, Mix Fruits Trifle, Tiramisu, dan Panna Cotta. Ianya amat menarik bagi penggemar manisan!


Menu Kids Friendly Buffet Ramadhan 2024 BGR Selangor


BGR menawarkan beraneka juadah dan pilihan untuk semua peringkat umur. Untuk yang muda atau kekal muda di hati, terdapat pilihan Soft Serve Ice-Cream, Popcorn Karamel dan Gula-gula Kapas.

Spanish Churros yang boleh dihias dengan Sos Marshmallow, Sos Coklat Pekat dan Butiran Pelangi sediaan sendiri yang kekal popular di kalangan pelanggan di BGR.


Video Preview Menu Buffet Ramadhan 2024 di BGR Selangor




Mengapa Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Menjadi Pilihan

Sesiapa yang berminat untuk berbuka di BGR tidak perlu risau kerana banyak kemudahan yang terdapat di sini. Walaupun bawa keluarga dan anak-anak memang tiada masalah. Inilah antara sebab BGR sentiasa menjadi pilihan tempat berbuka puasa bufet di Selangor:  

Surau, baby room dan tandas yang besar dan selesa

  • Pilihan menu yang pelbagai di masak oleh chef berpengalaman
  • Menu kids friendly. Selain dari pelbagai menu yang sesuai untuk kanak-kanak terdapat juga makanan yang disukai seperti aiskrim, gula kapas dan pelbagai kek serta dessert.
  • Harga per pax yang berpatutan, berbaloi dengan rasa yang sedap dan pilihan makanan yang banyak
  • Kemudahan parking yang banyak sehingga boleh memuatkan 800 parking secara PERCUMA
  • Ruang makan luas dan selesa sesuai untuk seisi keluarga.
  • Kemudahan surau lelaki dan perempuan & tandas yang selesa
  • Terdapat bilik nursning dan change diaper baby juga.


Tempahan Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2024

Bagi yang berminat jangan buang masa lagi, cepat-cepatlah book slot berbuka puasa korang sebelum terlambat.

Tarikh Tempahan Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2024

Bufet Ramadan BGR akan mula beroperasi dari 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024 


Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2024



Berita terbaik ialah BGR masih lagi mengekalkan harga yang sama seperti tahun sebelum ini iaitu:

  • RM65.00 bagi dewasa 
  • RM32.50 bagi kanak-kanak.

Semua harga di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.


Maklumat Bangi Golf Resort Selangor


Bangi Golf Resort

Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Koordinat: 2.95716N, 101.76518E
No Telefon untuk Tempahan & Pertanyaan: 1700-821-457
Emel: enquiry@bgrrest.com
Google map: https://g.page/bangigolfresort?share


Media Social Bangi Golf Resort

Laman Web: https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2024/
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial


#warnawarniramadanBGR #ramadanBGR2024 #BGRbufetramadan2024 #BGRiftar2024



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. ya Allah, banyak sungguh menunya... :D

    ReplyDelete
  2. vavavaaahh.... banyaknya menu diaaa

    ReplyDelete
  3. BGR ni tiap2 thn dia punya juadah ramadan mengancam sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anies, tak pernah mengecewakan. dan harga pun x naik

      Delete
  4. Menu buka puasa sudah mulai bermunculan,tinggal menghitung hari .

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. betul sha, susah dah nak cari buffet ramadhan yg murah tapi byk menu mcm ni

      Delete
  6. Sebenarnya terkadang saya ingin juga ke Malaysia di saat puasa. Merasakan puasa lagi di sana macam dulu. Tapi tuh lah, belum bisa Krn biasanya anak2 tak libur sekolah 😄

    Padahal seru bisa mencoba buffet buka puasa di Bbrp tempat sana kan 😄👍suasananya pun kdg beda dgn di sini.

    ReplyDelete
  7. Harga boleh tahan murah juga tue . Ingat dewasa dah seratus lebih perhead . Rupanya RM65 jer . Berbaloi ! . Pilihan makanan pun banyak tu .

    ReplyDelete
Previous Post Next Post