Restoran A.Hassan Ayam Kampung Seksyen 13 Shah Alam

Baruu-baru ni mama sekeluarga pergi lunch di Restoran A.Hassan Ayam Kampung Seksyen 13 Shah Alam. Kebetulan ada urusan di Blue Cube Laman Seri masa tu. Mama keluar lunchtime dari office dan terus lunch kat sini setelah selesai urusan.


Restoran A.Hassan Ayam Kampung Seksyen 13 Shah Alam 

Ayah suggest tempat ni sebab ramai yg ke sini dan review OK. Semasa mama sampai pun ternampak ramainya orang di kedai ni. Mujur ada tempat duduk.


Walaupun restoran ayam kampung tapi sebenarnya ada byk juga menu lain contohnya patin tempoyak ni. En husband ambil ayam kampung dan mama ada rasa skit aya kapung tu memang sedap.


Lauk anak mama. Ayam bakar dan gulai daging. Hati-hati korang kalau ambil gulai daging ni kuah dia pedas menyegat tau. Kesian anak mama sampai 3 cawan air diminumnya. Mama rasa sikit pn dah terasa pijar.


Mama pun ambil ayam bakar. Tak ambil ayam kampung sebab nampak ayam bakar ni lebih menggoda. Ayam bakar ni 


Air kitaorang sebelum ditambah lagi secawan air untuk anak mama


Lauk-pauk yang ada

Banyak juga pilihan ulam


Walaupun byk lauk kat sini tapi sebenarnya tak banyak lauk yg mama berkenan. Sebab tu mama ambil ayam bakar je. Memang ramai sangat orang waktu lunchtime tapi biasanya lepas makan diorg terus keluar. So, tempat duduk sentiasa ada insya allah. Pada mama lauk tak berapa banyak pilihan dan harga tak berapa murah. 3 orang makan pauk biasa2 kat atas tu RM 37. Mungkin aam kampung dia harga mahal sket.


Harga makanan kami


Boleh tengok senarai harga kat sini




Maklumat Restoran A.Hassan Ayam Kampung Seksyen 13 Shah Alam




Restoran A.Hassan Ayam Kampung (Shah Alam)
Alamat: Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10.30 pagi - 4 ptg

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. saya suka resto yg ada byk pilihan lauk pauk ni...
    jadi rambanggggg
    hahaha

    ReplyDelete
  2. suka juga ayam kampung tp tula kecik..kena amik 2 ketul br kenyang hehe...oh ada ikan patin...lama tk pegi tk tau pun ada menu tu

    ReplyDelete
  3. macam dekat area lumut..kedai silaturrahim namanya..memang banyak pilihan lauk pauk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh.. macam penah nampak la kedai tu . ntah2 mama penah makan situ

      Delete
  4. ayam bakar tu nampak berkilat.. sedap sungguh..

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu ke cawangan Bangi. Memang sedap, lama nya tak ke sana.

    ReplyDelete
  6. tak pernah pulak nampak restoran ni padahal selalu je pergi seksyen 13 tu.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya lauk pauk, banyak pilihan.

    ReplyDelete
  8. Dah lama x makan kat sini...pernah makan sekali sblom ni..

    ReplyDelete
  9. Kenapalah yah ayam kampung itu mahal sangat 😂. Di sinipun sama. Dah mahal, kecil pula 🤣. Tapi memang sedap dagingnya.

    Semoga saya bisa coba kalo kesana.kalo dah dibilang pedas, pastilah confirm suka 😄❤️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post