Tea Time Di The Officers' Mess Penang War Museum ft Pemandangan Cantik Gile

Salam hari Isnin u ols. Mama buat schedule entry untuk minggu ni sebab mama kebizian dan ketika ini mama sedang dalam proses external audit selama 2 hari. Habis audit mama outstation pula nak ambil si bujang. Weekend pula mama balik kampung sempena CNY. Nak berjumpa dengan family di sana. Rindu.. Tengah belek2 draf tetiba baru mama perasan tertinggal satu post ni masa mama buat post Repeat Pergi Penang War Museum Setelah 5 Tahun Pengalaman MenyeramkanTea Time Di The Officers' Mess Penang War Museum ft Pemandangan Cantik Gile.


Tea Time Di The Officers' Mess Penang War Museum ft Pemandangan Cantik Gile

Mama dan adik mama lepak sini sementara menunggu anak mama dan ayah yg masuk ke War Museum. Tak sangka ada tempat lepak dan tempat photoshoot lawa2 kat sini

Punyelah cantik view kat sini. Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang di sini


Tempat apakah The Officers' Mess Penang War Museum Ini

Sebenarnya ini adalah kedai makan yang terletak berhampiran pintu masuk Penang War Museum. Dari parking hanya turun tangga sikit dan sampai. 


Turun tangga dah nampak kedai ni


Makanan pilihan Kami

Mama dan adik mama beli air dan sedikit kudapan sementara menunggu diorang. Nescafe ais dan air laici dia sedap


Bila dah turun 2 orang tu kami repeat beli air lagi haha

Cucur kat sini sedap dan crunchy. Mama lupa mama ada order apa lagi. Air pun sedap. Sambil makan sambil layan view cantik. Harga berpaatutan dan staff kat sini semua OK. Rasa happy aje lepak sini.


View Cantik di The Officers' Mess Penang War Museum




Sebenarnya banyak lagi gambar yg mama ambil. mama ada upload kat facebook dulu. Ini antara view yg mama letak sini ye


Video View Cantik di The Officers' Mess Penang War Museum

Jom tengok video


Menu dan Harga Makanan di The Officers' Mess Penang War Museum









Apa Lagi Yang Menarik di The Officers' Mess Penang War Museum


Sebenarnya di setiap dinding kedai ini ada dipaparkan sejarah tentang pendudukan British dan gambar2 sebenar tentera dan pemerintah British. Seronok juga baca bingkisan sejarah dulu. Mama malas nak tepek gambar sini huhu


Malangnya The Officers' Mess Penang War Museum TUTUP SEMENTARA

Sedih bila mama check status kedai ini sekarang dah tutup buat sementara. Tak tahulah sehingga bila. Sayang rasanya bila tempat best macam ni tutup. Sama macam Burger Bakaw yang mama pernah cerita dulu.


Maklumat The Officers' Mess Penang War Museum


The Officers' Mess Penang War Museum

Alamat: Penang War Museum. Lot 1350, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Status: Temporarily closed


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Replies
    1. harapnya begilah.. sebab sayang tempat ni mmg cun

      Delete
  2. kat penang memang banyak tempat-tempat menarik . CCL belum pernah sampai lagi ke Mess Penang War Meseum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dia buka nanti boleh CCL pergi sana kan

      Delete
  3. saya rasa kan resto ni orang luar je yang datang...orang penang kompem cari tempat lain...
    ya laa kan dkt dgn muzium. siapa yg dtg ke muzium kalau bkn org luar? hehehe

    ReplyDelete
  4. Cucur tu memang nampak sedap. Tak terlalu berminyak.

    ReplyDelete
  5. Tempoh hari datang ke Penang tapi hanya menginap satu malam saja. Tak puas meronda.
    Sedaplah cucur tu. Memang nampak crunchy.

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan2 minum petang tepi pantai. tak pernah jejak lagi war museum tu hahaha

    ReplyDelete
  7. View dari tempat makan pun cantik sebab view laut.

    ReplyDelete
  8. Mungkin karena sepi ya kak 😔. Tapi saya pun belum pernah ke Penang war museum padahal 4 tahun duduk Kat sana. Nanti nak visit museumnya kalo ke Penang lagi . Harap2 lah kafe ini buka lagi 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post