Dinner di The Humble Food Company Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum korang.. salam hari Jumaat semua. Ada yang rindu mama tak.. maaf mama tak bersiaran beberapa hari ni. Terlalu sibuk. Nanti mama balas kunjungan korang ye. Alkisahnya semasa hari lahir anak mama kami nak makan di satu kedai di Sek 13 tapi malangnya tutup. Akhirnya kami Dinner di The Humble Food Company Seksyen 13 Shah Alam.


Dinner di The Humble Food Company Seksyen 13 Shah Alam

Nama kedai makan pn humble, maka kami pun order makanan humble2 juga lah. Sekadar nak isi perut aje. 


Fish & chips makanan untuk birthday boy. Sedap fish & chips ni. Ikan dia fresh



Laksa goreng untuk ayah


side dish onion ring. kami ambil set


Spaghetti goreng kam heong untuk mama. Mama dan ayah tekak melayu je malam tu walaupun makan kat kedai western


Chicken wing korea pedas. Chicken wing ni pada mama tak berapa fresh. Mama suspect dia simpan chicken wing frozen.


Walaupun chicken wing dia kureng, tapi lauk lain semuanya sedap2 termasuklah onion ring tu. Harga tak berapa murah sgt, biasa je. Kalau nak jimat ambil set combo macam mama. Tapi ramai juga customer kat sini. 

Ni total harga yang kami bayar. Mujur juga ada voucher RM 15 new sign up.. mama guna voucher tu so dapatlah harga murah sket.

Ruang makan yg cosy dan selesa


Menu & Harga The Humble Food Company Seksyen 13 Shah Alam

Menu & Harga The Humble Food Company Seksyen 13 Shah Alam ni diambil dari website aje. Di sana pun order melalui QR je.











Maklumat The Humble Food Company Shah Alam



The Humble Food Company Shah Alam

Alamat: 46-G, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:  11 am–10 pm (Selasa tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Happy Birthday anak mama. Sedap nampak semua nya.

    ReplyDelete
  2. Laksa goreng .ehh sekali tengok dah macam mee goreng ya

    ReplyDelete
  3. Laksa goreng dengan perahan jeruk limau....pasti sedap yaa...

    ReplyDelete
  4. boleh try ni. dekat sangat dengan office!

    ReplyDelete
  5. nampak sedap.pulak spagetti goreng tu👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Banyak pilihan menu ni... Kena dengan citarasa Cuya ni

    ReplyDelete
  7. Aisssh maaaaam, di zoom pula makanannya, buat makin lapar sajaaa 😍😂😂. Saya penasaran dengan rasa laksa goreng. Tak pernah coba. Seandainya ada alat utk bisa merasakan foto yaa 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post