Kisah Cili Hijau di Bulan Ramadhan

Alkisahnya cerita ni berlaku Jumaat lepas di bulan Ramadhan. Seperti mama cakap sebelum ni mama memang takde idea nak masak apa utk Ramadhan tahun ni. Tetiba terasa macam nak buat ikan bilis goreng kicap dan mama suruh en husband belikan cili hijau di kedai selepas dia balik dari Terawih.


Balik dari Terawih dia singgah beli cili hijau di kedai runcit berdekatan rumah. Tapi dia lupa pula nak bawa masuk dalam rumah. Maka tinggallah cili hijau itu di dalam kereta. Dia suruh mama ambil tapi mama malas nak keluar rumah ambil. Mama bagitau mama akan bawa masuk pagi esoknya sebelum pergi kerja.


Gambar hiasan


Keesokkan harinya. Mama terus start kereta dan pegi opis.. Terlupa sudah cili hijau itu. Maka mama pun bawalah cili tu masuk ke opis mama dan letak atas meja. Kalau tinggalkan dalam kereta seharian maunya jadi cili kering pula. Dah habis waktu kerja maka mama pun menonong angkat beg terus balik. Maka tinggallah cili hijau itu di atas meja mama. Dah nak sampai rumah baru teringat. Mama call kawan yg masih belum balik dari opis dan suruh dia ambil aje cili tu bawak balik dan masak. Adoilah.. maka tak menjadi projek ikan bilis kicap mama. 


Keesokkan harinya mama shopping di Giant dan tetiba terigat cili hiijau takde. Maka mama pun belilah cili hijau di situ. Selepas membuat pembayaran (banyak juga shopping haritu) maka mama pun berpusing nak keluar dari kaunter. Tetiba adik cashier tu panggil, "Kak.. kak.. ada benda tertinggal". Maka mama pun pusinglah badan tgk atas kaunter dia. Guess apa benda yg tertinggal tu.. Tentulah si cili hijau haha.. So, cecepat mama ambil dan letak dalam beg. Sampai dalam kereta kami suami isteri duk gelak kenangkan kisah cili hijau kami.


Sampai sekarang mama tak masak lagi lauk ikan bilis kicap. Jap.... cop..  mana eh mama letak cili hijau giant tu?

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. alamak..harini kena masak.sian cili hijau diabaikan.hahahhah

    ReplyDelete
  2. Mama buat menu lain lah. Macam kena banned je cili hijau tu. 😂

    ReplyDelete
  3. apa laa nasib si cili hijau tu😁

    ReplyDelete
  4. Saya rasakan, baik mamapp jangan makan dulu cili hijau buat sementara waktu, sebab 3 kali dah Allah 'lupakan' tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada hikmahnya juga kan. Mmg sampai skrg x masak guna cili hijau lagi ni syaz

      Delete
  5. Kesian cili hijau, mentang² lah aku kecik, dia kata.

    ReplyDelete
  6. Tadi mama check dlm peti ais ada cili hijau di dalam yu hihiii

    ReplyDelete
  7. Memang kenalah dgn tajuknya haha ...
    Byk sangat kot perkara yg difikirkan tu Mama, asyik terlupa je hihi 🤭

    ReplyDelete
  8. adoi kesian la si cili hijau tu ye. hahahah

    ReplyDelete
  9. Kesian pula tertinggal cili hijau tapi ada hikmahnya

    ReplyDelete
  10. Kesian betul cili hijau tu hehe

    ReplyDelete
  11. Nasib si cili hijau . Hehe mujur laa staff pun perasan customer tertinggal cili hijau tu . Kangg kalau dah sampai rumah mencari pulak yer

    ReplyDelete
  12. Biasye cili hijau ni tak nak bersuara, kan dah kena tinggal.

    ReplyDelete
  13. kalaulah cili hijau tu buat karangan autoobiografi, mesti sedih. hehe

    ReplyDelete
  14. kau dan aku ditakdirkan tidak bersama. gitulah tajuk novel kita hari ini.

    ReplyDelete
  15. 'Aku Seketul Cili Hijau' tajuk karangan SPM tahun nii hehehhe

    ReplyDelete
  16. Hahahahahah memang lagi tak rezeki untuk memasak si chili hijau mam 😄. Asik terlupa dia yaa 🤭

    ReplyDelete
Previous Post Next Post