Review Bangi Lanai Hotel Selangor

Assalamualaikum korang. Masa mama pergi Preview Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort aritu mama book satu hotel di Bandar Baru Bangi sebab event habis malam. So,  kami malas nak drive balik Shah Alam malam2 dengan perut yg kenyang tu hihi. So arini mama nak Review Bangi Lanai Hotel Selangor.


Review Bangi Lanai Hotel Selangor

Mama book hotel ni sebab dia antara yg termurah dan ada parking waktu tu. Cuma RM76 satu malam. Mama memang nak book semata-mata untuk bermalam aje. So, it's ok la. Yang penting ada katil dan aircon hihi


Ni la blok mama. Ada beberapa blok di sini


Ni reception. Ambil kunci kat sini. Belakang tu ada masjid


Masalah Masa Check In

Keadaan bilik kami. 

Sebenarnya ada isu sikit masa mama check in. Agak kecewa sebab mama booking bilik deluxe twin dalam booking.com ckp 1 large double bed tapi masa check in pihak hotel kata tu bilik 2 single. Dah tunjuk description dalam booking 1 large double bed still berkeras bagi bilik 2 single. Not a word of apology pun. PR skill memang kelaut. Kalau booking.com salah info sepatutnya pihak hotel kenalah make sure diorg betulkan. Ni namanya misleading.


Satu lagi isu

Ada satu lagi isu kat sini. Dah la masa check in dh rasa macam nak balik. Bila masuk bilik ada air bertakung pula. Hotel kata sebab pagi hujan. Hujan masuk bilik melalui pintu. Cleaner dtg mop. Tarik nafas dan maafkan aje la.. Malas mama nak fikir.


Keadaan Bilik Bangi Lanai Hotel Selangor


Ada TV dan cermin

Bilik air 


Apapun bilik selesa dan hotel ni berdekatan dengan masjid, kedai mamak dan mcm2 lagi within walking distance. Ada rumah anak yatim bersebelahan. Korang kena make sure bawa shampoo sendiri sebab kita hanya diberi sabun buku kecil aje dan tuala. X ada iron board ye. Dlm bilik mmg luas dan selesa, ada tv, water heater dan aircond yg mmg sejuk. Hmm.. RM 76 nak ckp apa lagi. Terimalah seadanya. Mama pula rasanya dah tak kembali lagi dah ke sini kot.



Balkoni luar bilik kami. Memang kuat dengar azan dan mengaji dari sini. Sejuk hati



Maklumat Bangi Lanai Hotel Selangor


Alamat Bangi Lanai Hotel

Lot 2191-2A, Jalan Makmur, Off Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. Moga pihak hotel sentiasa jaga kualiti hotel masing-masing. Kadang bila ada blogger macam kita ni yang enginap, memang kita akan cerita pasal hotel mereka dia blog, samada baik atau pun tidak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul syaz dia sepatutnya utamakan kualiti dan layanan. kalau dpt ke blogger yg buat review jujur macam mama kan dh jadi tainted sket reputation. mama sekadar share pengalaman sendiri. mama sendiri pun google local guide so nasib la ye

      Delete
  2. pihak hotel punnn
    kalau murah jgn laa buat acuh tak acuh je
    sian cust. byr kot
    bkn byr dgn daun...

    ReplyDelete
  3. Sayang sangaaat, ternyata tak memuaskan ya mam. so sorry kalo saya cakap, tapi memang saya pribadi tak nak pesan penginapan yg bekerja sama dengan OYO. Beberapa kali stay di penginapan seperti itu, saya pun selalu kecewa. Krn itu LBH memilih penginapan lain yg bukan partner dari OYO.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post