Review Hanaa Homestay Ipoh Perak

Assalamualaikum korang. Lama mama tak review homestay. Harini mama nak buat Review Hanaa Homestay Ipoh Perak. Mama sendiri tak ingat bila mama duduk sini. Lebih setahun dulu dah rasanya. 


Review Hanaa Homestay Ipoh Perak 

Mama book melalui booking.com dan proses check inmemang mudah sangat. Self check in mengikut arahan tuan rumah aje.

Keadaan luar rumah. Rumah ni rumah teres aje


Ada basikal untuk budak2 tapi tak sure boleh guna ke tak. Ada pokok bunga tapi agak semak sikit


Dapur yang simple. Sempat juga mama masak kat sini. Ada disediakan kuali dan utensils. Kat dapur ni pun ada peti ais juga


Bedroom ada 3, 2 darinya ada aircond.  


Bilik air Ada 2, satu je ada heater. Toilet biasa aje, maam kampung2 style

 
Ruang tamu dia luas juga. Ruang tamu dilengkapi aircond. so anak mama yg suka tidur ruang tamu tidur kat sini.

Overall ok juga lah homestay ni untuk yang tak cerewet.  Vibe macam rumah sendiri. Kalau Ada konsep lagi cun sebab kalau tengok perabot dia sekejap kayu, sekejap nampak moden. Mama pun agak pening. Bantal memang selesa sgt macam hotel. 


Rate Hanaa Homestay Ipoh Perak

Mama bayar dalam RM 140 aje untuk satu malam. Harga bergantung pada tarikh juga ye sama ada peak atau low season.


Maklumat Hanaa Homestay Ipoh

Alamat: 25, Jalan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana, 31200 Ipoh, Perak



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Pokok bunga tak terjaga tu. 😅

    ReplyDelete
  2. Yang penting dapat berteduh seketika dan selesa untuk tidur

    ReplyDelete
  3. Kalau nak bermalam hilangkan letih atau nak bermalam boleh ja kan tido sini. Harga pun okay sangat..

    ReplyDelete
  4. At least bersih dan nyaman ya mam. Saya agak sukar memilih homestay seperti ini kalo ke Malaysia, mengingat transportasi . Kecuali kami sewa kereta selama di sana. Makanya tiap ke Malaysia masih prefer stay in hotel, yg lebih mudah diakses lokasinya.

    ReplyDelete
  5. kalau lady, lady suka tema putih.. tetapi mcm ni pun dh sgt bersyukur.. yg penting toilet boleh masuk kerusi roda.. :D

    ReplyDelete
  6. Deko tak berapa nak cantik sangat pun ok .janji dapat tidur dengan selesa . Rm140 untuk satu malam berbaloi

    ReplyDelete
  7. simple saja.. kalau yg tak cerewet sgat okaylah berbaloi juga.. yg penting bersih dan kemas

    ReplyDelete
Previous Post Next Post