Salam 26 Ramadhan. Semalam mama ada post kt FB tentang pemergian mak long mama. Alfatihah buat moklong semoga rohnya dicucuri rahmah.
Mama tak sempat balik ke Johor semalam sebab dalam perjalanan ambil anak mama di Kedah. Moklong meninggal pukul 1 tgh hari dan dikebumikan dalam pukul 4.30ptg. Memang tak sempat nak balik Johor dengan keadaan traffic yg teruk. Tapi mama tak terkilan sebab mama dah jumpa dia, Salam dan peluk cium dia bulan lepas. Masa tu pun mama perasan muka dia bersih sangat seperti baby walaupun dalam kesakitan.
Dia dah beberapa kali jatuh dan beberapa bulan lepas dia jatuh bilik air. Tulang pinggul dia yg sebelum ni patah jadi patah semula. Masa terlantar tu terdapat luka kencing manis pula yg timbul dan makin hari makin teruk sehingga di bahagian jari kaki di potong. Malangnya merebak dan terus merebak. Akhirnya moklong meninggal semalam semasa proses cuci luka di rumahnya. Senang aje pemergiannya.
Pemergian di hari Jumaat terakhir Ramadhan semoga syurga buatmu moklong. Tenang aje mama lihat gambar jenazah. Seperti tidur tersenyum.
Nampaknya 4 tahun berturut2 mama kehilangan insan terdekat. Peringatan buat diri mama. Kita ini semua bakal jenazah. Bila2 masa saja kita akan dijemput kembali. Alfatihah buat Moklong Noormah Binti Abu Bakar.
Tahun ni banyak perkhabaran sedih dalan bulan ramadan ni .termasuk CCL sendiri dua hari lagi sebelum puasa arwah tok pergi meninggalkan kami semua
ReplyDeletesalam takziah CCL. mahu atau tak, kita kenalah terima qada dan qadar Allah kan
DeleteInnalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteamin2.. tq fairus
DeleteInnalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah Adda
ReplyDeleteterima kasih kak SA
Deletesalam takziah mama...semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..aamin
ReplyDeleteamin2.. tq linda
DeleteInnaa lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun. Moga arwah Moklong ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteamin. terima kasih mulan
DeleteBerakhir sudah penderitaan Maklong di dunia...semoga Allah tempatkan arwah di sebaik2 tempat.
ReplyDeleteSalam takziah buat kak adda dan keluarga..
ReplyDeleteInalillahi wainailaihi roziuun....semoga Khusnul khatimah....memang berat rasanya di tinggal orang"tercinta.
ReplyDelete