Bolehkah Wanita yang sedang Haidh Memasuki Masjid, Mengurus Jenazah & Pergi Ke Kubur?

Salam Jumaat penuh keberkatan kepada semua. Harini mama nak share info yang mama dapatkan dari website mufti wp. Mama suka rujuk situ kalau ada sebarang kemusykilan. Info tentulah sahih mengikut fatwa. Bolehkah Wanita yang sedang Haidh Memasuki Masjid, Mengurus Jenazah & Pergi Ke Kubur? 


Bolehkah Wanita yang sedang Haidh Memasuki Masjid, Mengurus Jenazah & Pergi Ke Kubur?

 

Tempat bersemadi dua kesayangan mama sebagai gambar hiasan. #rindunya


Jawapannya:

Ada 2 pendapat ulamak iaitu haram dan harus tapi kenyataan mufti adalah lebih kepada haram. Berikut penjelasan mufti.


Secara tuntasnya, kami berpandangan, pandangan yang mengharamkan wanita duduk di dalam masjid atau surau adalah lebih selamat, tepat dan rajih. Hal ini kerana jika dibenarkan mereka memasuki masjid secara bebas, dibimbangi akan mengotorkan ruangan solat. Begitu juga kerana nas yang mengharamkan duduk di dalam masjid adalah lebih kuat dan lebih banyak, selain keperluan untuk melihat isu ini dari sudu hukum ta’abbudi.

Kami cadangkan dengan perkembangan moden zaman sekarang ini dan berdasarkan kemampuan kewangan agar dikhaskan satu dewan berhampiran masjid atau surau sebagai markaz ilmu kepada wanita dalam keadaan haid untuk sama-sama menuntut ilmu walaupun tidak berada dalam masjid. ini akan memberi banyak kebaikan kepada wanita yang dalam keadaan haid ini.


Ulama yang Mengharamkan

Jumhur fuqaha’ mengharamkan wanita haidh masuk ke masjid. (Rujuk Al-Mabsuth 3/153, Hasyiyah al-Dasuqi 1/173, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/358 dan Al-Mughni 1/195).

Selain itu, terdapat juga dua fatwa daripada institusi fatwa yang menegaskan hal ini:

  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-49, yang bersidang pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada atau duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.
  • Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 30 Ogos 2001 telah membuat keputusan bahawa wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata. Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Antara dalil yang menjadi sandaran bagi kelompok pertama ini ialah ayat al-Qur’an al-karim:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ


MaksudnyaWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.

Surah al-Nisaa’ (43).

Berdasarkan ayat ini, Imam al-Syafi’e menyatakan bahawa seorang yang dalam keadaan junub tidak boleh duduk dalam masjid, dan hanya boleh melaluinya sahaja. (Rujuk Ahkam al-Qur’an oleh Al-Jassas, 3/168)


Berdasarkan keterangan di atas, kami menyatakan bahawa:

  • Harus bagi wanita yang berhaid untuk memandikan dan mengkafankan mayat.
  • Haram bagi wanita yang berhaid untuk menyolatkan jenazah.
  • Makruh bagi wanita, sama ada sedang haid atau tidak, untuk mengiringi jenazah ke perkuburan.
  • Adapun bagi wanita yang kematian suami, haram mengikuti jenazah suaminya ke kubur, sama ada berhaid atau tidak, kerana waktu iddahnya sudah bermula melainkan jika mempunyai hajat atau darurat dalam pengurusan jenazah. Sebetulnya, waris dan tetangga yang lelaki perlu membantu pengurusan jenazah agar isterinya tidak terbeban dan boleh melaksanakan iddahnya dengan tenang.
  • Makruh bagi wanita untuk menziarahi kubur, sama ada berhaid atau tidak, kecuali kubur Rasulullah SAW, maka hukumnya adalah sunat. Juga kubur orang-orang soleh, dan kaum kerabat dengan syarat menjaga adab-adab ziarah. Pendapat lain pula mengatakan haram. Pendapat lain menyatakan harus sekiranya aman daripada fitnah bagi wanita yang sudah tua berdasarkan hadis-hadis dan ini yang lebih sesuai diamalkan pada masa sekarang dengan syarat dijaga adab-adab ziarah. Begitu juga bagi wanita yang sudah tua. Pendapat lain pula mengatakan haram. 


Mama letakkan di sini sebagai rujukan diri mama. Jika korang nak baca hujah lebih detail boleh pergi ke website muftiwp ye.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. dulu2 masa period, nak lalu dpn masjid pun rasa mcm tkt2... hehehe...

    terima kasih berkongsi ilmu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun sama sebab selalu lupa hukumnya. tu yg tepek sini

      Delete
  2. Kali yg soal mesjid, dari dulu pun guru saya mengajarkan itu haram utk berdiam di mesjid bagi wanita haid.

    Tapi yg ttg ziarah kubur saya baru tahu makruh. Selama ini saya pikir Sunnah.

    Thank you sharing nya mum. Memang ada banyak perbedaan, tp saya pun mengambil yg paling banyak dipakai saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama ambil dari fatwa mufti. mama pun baru tau juga fanny.

      Delete
  3. Terima kasih info bagus ni sebab ramai yang ragu-ragu .

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ilmunya.. aah, kami di sini kalau period memang x pergi ke masjid... duk luar2 sahaja.. duk luar juga boleh dengar ceramahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk luar ok.. kita tak boleh duk tempat solat tu

      Delete
  5. Good sharing Adda. Yang kubur tu baru tau hukumnya makhruh

    ReplyDelete
  6. terima kasih share kak...
    makhruh untuk ziarah kubur pada waktu2 biasa tu Linda baru tahu..selama nie cuma fikir tidak digalakkan je...

    ReplyDelete
  7. pernah ziarah kubur ayah masa tengah period. :(((

    erin @ herlittleplans.com

    ReplyDelete
  8. nice share.. pernah baca dulu pasal perbahasan perempuan ke kubur.. yang tu memang ada khilaf besar.. yang masuk masjid tu, memang majoriti kata tak boleh dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. mama sendiri dan kawan2 pernah bincang juga

      Delete
  9. Perkongsian yang bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  10. Thanks kongsi ilmu yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. Good sharing..terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  12. Terima berkongsi maklumat mama. Haritu ada dengar dalam radio, ustaz kata wanita dalam iddah dulu siap disuruh jangan mandi, ketik kuku etc dalam masa iddah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. punya lah sampai mcm tu ye. tapi tak logik lah takkan tempoh 3 bulan tak mandi dan tak ketip kuku kan

      Delete
  13. Terima kasih kak adda untuk ilmu ini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post