PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL (AKAUN 3) MELALUI KWSP i-AKAUN

Assalamualaikum korang. Mama sedang busy buat masa ni dan mood dah kembali kelaut. Mama nak post something arini. Tu pun post copy & paste dari website KWSP. Mama try search last 2 weeks tentang pengeluaran akaun 3 yang sedang hangat masa tu termasuklah dikalangan opismate mama. Ramai juga ye yang mengeluarkan duit dari akaun 3 tu. Mama terbaca aritu sudah 3 juta orang. So, mama nak tepek sini dulu tentan PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL (AKAUN 3) MELALUI KWSP i-AKAUN. Nanti dah free mama nak baca balik.


PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL (AKAUN 3) MELALUI KWSP i-AKAUN

Berikut ialah infografik step by step pengeluaran dari akaun 3 melalui i-akaun. Ini cara paling mudah untuk buat.


Cara Membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel Melalui KWSP i-Akaun







Bagaimana Mengira Jumlah Layak Dikeluarkan Dari Akaun Fleksibel

Aritu kawan mama ada terangkan cara mengira jumlah yang boleh dikeluarkan. Dia baru buatkan untuk 2 pakcik dia. Kiraan terbaru adalah seperti berikut
  • Jumlah simpanan sebelum akaun fleksibel diperkenalkan ialah 70% akaun 1, 30% akaun 2
  • Jumlah simpanan selepas akaun fleksibel diperkenalkan ialah 75% akaun 1, 15% akaun 2 dan 10% akaun 3.
  • Untuk mengira jumlah layak dikeluarkan dari akaun 2 tu kita kena bahagikan kepada 3 akaun mengikut % terbaru. 5/30 akan masuk akaun 1, 15/30 akan masuk akaun 2 dan 10/30 akan masuk akaun 3.
  • Contoh kiraan: kalau ada RM100,000 dalam akaun 2 sekarang. 15/30 iaitu 50% akan kekal berada dalam akaun 2 = RM50,000
    • 5/30 iaitu 16.67% akan masuk akaun 1 = RM16,667
    • 10/30 iaitu 33.33% akan masuk akaun 3 = RM33,333 (Jumlah ni yang layak dikeluarkan)
    • Harap betul la kiraan mama tu hihi

Syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP i-Akaun

a. Belum mencapai umur 55 tahun;
b. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
c. Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.
d. Tarikh akhir pindahan adalah 31 Ogos 2024

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, ahli perlu membuat pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran melebihi RM10,000.

Platform Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP i-AkaunAhli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi KWSP i-Akaun ;
  2. Portal Web i-Akaun (Ahli) ; atau
  3. Pejabat KWSP Permohonan secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP berhampiran.​
Bagi ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai capaian kepada KWSP i-Akaun, boleh memuat turun borang di sini.


Cara Bayaran Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP i-Akaun

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:
  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Bila Bayaran akan Diterima

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.


Pro & Cons Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP i-Akaun

Secara peribadi sebenarnya mama ada kurang setuju dengan pengeluaran akaun fleksibel ni sebab duit dalam EPF ni untuk kegunaan di masa tua. Mama ada juga try congak2. Kalau kita ada RM200k dalam epf dan kita pencen pada umur 60 tahun. Katakan kita hidup sampai umur 75 tahun. Duit bulanan yang kita perlu untuk sara diri cuma dapat RM1111 sebulan aje. Sikit sangat kan.

Tapi mama ada juga bincang2 dengan opismate. Ada juga pro nya.

Pro

  • umur hampir bersara dan akaun kwsp amaun banyak sampai sejuta (macam kes pakcik kawan mama tu). nak bersara lagi 2 tahun so, dia nak keluarkan dulu duit tu utk digunakan ok persediaan hidup lepas bersara seperti bina rumah.
  • ada juga yang keluarkan untuk modal kolam ikan. mama setuju sgt kalau alasan pengeluaran untuk menjana pendapatan.
  • pindahkan ke akaun yang sama atau lebih dividen dari kwsp dan jadikan sebagai tabung darurat
  • nak guna untuk buat umrah kerana kita tak tahu bila kita akan dipanggil untuk buat haji. jika akaun 2 ada banyak, why not invest sikit untuk perkara baik mcm ni (pendapat mama je ni)

Cons

  • Jangan keluarkan untuk membeli barang yang one off. contohnya seperti kereta yang ada susutnilai dan berjimba. 
  • apa lagi ye, tak boleh pikir haha.. kalau idea nanti mama letak


Apapun, terpulang kepada individual. Banyak pendapat dan pandangan tentang isu ni. Mama sendiri pun tak fikir lagi nak keluarkan atau tak. Kalau keluarkan pun, mama nak masukkan ke akaun bank lain kot. Tak boleh hilang pedoman beli apa2. Masih ada masa sampai 31/8/24 untuk fikir hihi. 

Mama nak ajak sesapa yang belum ubah akaun simpanan kwsp kepada patuh syariah jom lah tukar segera. 
"Akaun Simpanan Shariah KWSP merupakan satu pilihan yang membolehkan anda menguruskan simpanan mengikut prinsip-prinsip syariah dengan melabur dalam pelaburan halal, bebas daripada riba dan aktiviti yang dilarang oleh Islam" 

Ambil dari website kwsp. At least kita tahu duit kita dilaburkan melalui saluran yang halal. Lebih berkat insya allah.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. khabarnya lbh 2 juga buat permohonan utk akaun 3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lebih 3 juta dah anies.. ramai kan. semoga semuanya pandai urus dan membawa keuntungan berlipatganda

      Delete
  2. Replies
    1. elok la tu rabia pun baru kerja kan. biar aje

      Delete
  3. tk sempat lg tgk psl akaun 3 ni.....tq for sharing info utk pengeluaran..stakat ni plan hanya utk transfer dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc amy.. kalau mama pun plan transfer dulu. tapi xbuat apa pun lagi

      Delete
  4. Kemudahan ini sangat sesuai kepada mereka yang punyai banyak simpanan KWSP dan tak praktikal untuk semua orang...bagi mereka yang marhaen..simpan saja dulu tapa dikeluarkan duit tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun sejutu mr h. yg marhaen mcm mama ni mmg tak berapa sesuai sebenarnya

      Delete
  5. Mana-mana yang keluarkan tu kena pada menguruskannya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post