Try Dhon Burger, Petaling Jaya

Mama sebenarnya nak buat post travel tapi setiap kali nak buat post pasti ternampak post makanan dalam draft so akhirnya mama akan buat post makanan dulu. End up post mama yang recent semua pasal makanan hihi. Harini nak cerita tentang mama Try Dhon Burger, Petaling Jaya pula. 


Dhon Burger, Petaling Jaya

Mama beli ni 2 minggu lepas. Biasalah ntah mana en hubby tengok review. Dia memang cepat aje nak mencuba kalau ada yg viral. Mula mula malas juga nak ke Taman Medan tu tapi bila diberitahu patty burger adalah homemade maka mama pun nak cuba lah.

Inilah banyaknya burger yang kami beli. Nak rasa la kononnya. zenger burger cheese, bigmok cheese, cheese steak dan cikano.  

Homemade patties dia memang sedap dan tak kedekut cheese serta sayur. Sayur fresh. Harga pula berpatutan. ntuk cikano mama kena tunggu dalam 5-10 minit gitu. Burger semua siap cepat walaupun ramai juga orang. Bigmok burger paling sedap pada mama sebab rasa dia ala whopper. 

Mula tu mama tak jumpa kedai ni. Rupanya sederet sekali dengan kedai di tepi jalan. Kecil comel aje kedainya. Parking pula korang kena pandai2 cari sebab tempat area tu padat.


Menu Dhon Burger, Petaling Jaya

Ni menu Dhon Burger, Petaling Jaya dan harga. Tak banyak menu. Ada juga mac and cheese dan shawarma serta bigmok kambing


Kedai comel macam gerai tepi jalan je

Maklumat Dhon Burger, Petaling Jaya



Alamat: Jalan PJS 2/3, Taman Medan, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 4 pm–12 am (Ahad tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. sedapnya burger tepi jalan macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada restorang lagi proper sebab menu dhon ni sedap

      Delete
  2. Replies
    1. berlaian sket dari stall burger biasa kan

      Delete
  3. Tengok burger malam2 ni tiba2 teringin pulak 😅

    ReplyDelete
  4. 1st time kak ana dengar nama burger ni, sama lah mama, bila nak buat entri travel tu macam panjang nak kena tulis, last-last buat hat makan-makan dulu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita kak, senasib. buat post makanan takyah pikir so laju aje kalau nak post tu hihi

      Delete
  5. kerap juga ke taman medan dari penang ni, sebab ada rumah kak ipar kat sana.. boleh try bila singgah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah boleh cari tu nanti pha is. nanti bgtau mama kena kat tekak tak

      Delete
  6. Sha pernah singgah sini.. Memang best makanan dia.. Dua kali belilah sebab sedap.. Harga pun not bad..

    ReplyDelete
  7. Ini jauh dari KL ya mum 😅? Tempting sangaaaat bentuk patty dia. Hari ini saya BW, dan terbaca 2 burger. 2-2 nya memang kliatan enaak 😄😍. Tapi tuh laah, ntah ada di dekat KL atau tak. Saya ke KL akhir june, tujuan utama memang nak kuliner saja 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah selamat fod hunting fanny. pj ni dalam 20 minit dari kl. sudah ada listnya mau kemana?

      Delete
  8. alamak 4pm baru buka. kaalu tak boleh order delivery for lunch. dekat jugalah dgn ofis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli utk tea ammi hihi.. rupanya ammi area situ2 juga ye.. dekat aje

      Delete
Previous Post Next Post