Hari pertama di Langkawi kami Fire show di Kalut Cafe Langkawi. Kali ni pergi Langkawi memang mama nak tengok fireshow yang diviralkan tu. Terima kasih korang yg singgah dan komen post mama. nanti mama balas kunjungan ye.
Fire show di Kalut Cafe Langkawi
Susah juga nak cari Kalut Cafe ni. 2 kali mama round Pantai Chenang tu. Rupanya Kalut Cafe ni di awal Pesisir Pantai Chenang dan nak kena berjalan masuk ke dalam sikit. Senangnya korang cari je lah Mali-Mali resort insya allah berjumpa.
Tada..
Akhirnya dapat juga tengok. Sori lah ye kamera mama ni cikai aje. Abis pecah gambo
Ramai relax2 kat beanbag tgk show. Cantik juga tgk fireshow sambil berlatarbelakangkan laut dan pulau. malu juga mama. Kenapa malu? Nanti baca kat bawah ni ye
Sebenarnya Kalut Cafe ni nama sebenarnya ialah Kalut Cafe And Bar. Ada minuman keras dihidangkan kat sini. Sebab tu lah mama jadi segan. Yang ada pun ramai mat salleh masa mama pergi tu. Kalau saje nak tengok boleh aje kot pergi ke sini. Tapi pada mama jangan expect lebih. Bukan fireshow style pro tu. Simple-simple aje. Seronok lah kalau nak lepak sambil ambil angin laut dan tenangkan fikiran. Fireshow ni ada ambil tips tau. Jgn lupa bg tip kat adik2 tu penat diorg buat keje.
Maklumat Kalut Cafe Langkawi
Kalut Cafe And BarAlamat: Mali-Mali Beach Resort, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
salam ziarah. tq sudi drop komen kat my lil blog. waahhh bestnya cuti2 langkawi! last saya ke sana last 2 yrs...
ReplyDeletemama balas komen mz je tau.sori lambat menyinggah
DeletePernah perasan kat Pantai Klebang, Melaka ada juga pertunjukan api macam ni.. Konsep dia, letak tabung, siapa nak bagi duit, dipersilakan. Sekarang tak tahu lagi, ada ke tak pertunjukan tu.
ReplyDeletesama konsepnya fairus. ada tabung.
DeleteMasih ada lagi tak ya skr, fire show ini. Nak juga lihat lah kalo nanti saya ke Langkawi 😍😍. Walaupun macam kata mama tak lah best sangat. Tp cukup terhibur sambil duduk2 di beanbag kan 😄
ReplyDeletemasih ada fanny.. mama tgk gambar skrg lagi best dari masa mama pergi dulu
Delete