Kemuliaan Bercucuk Tanam

 Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang Kemuliaan Bercucuk Tanam. Ini ialah schedule post.



Kemuliaan Bercucuk Tanam


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ

Daripada Anas bin Malik RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam sesuatu tanaman yang berbuah lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang melainkan ia akan mendapat pahala sedekah baginya".  (HR Bukhari No: 2152) Status: Hadis Sahih


Menanam Sebagai Sedekah


عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ :‏ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلاَّ كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةً وَلاَ يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ ‏ ‏

Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan daripada tanaman itu dikira sebagai sedekah, apa yang dicuri daripada tanaman itu dikira sebagai sedekah, apa yang dimakan oleh binatang liar dikira sebagai sedekah, apa yang dimakan oleh burung dikira sebagai sedekah. Tidaklah seseorang bercucuk tanam kecuali dia akan mendapat (pahala) sedekah daripadanya. (HR Muslim, Kitab al-Musaaqaah, No: 1552) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith


1.  Seorang Muslim digalakkan bercucuk tanam agar tanah yang dimiliki dapat diusahakan dan mendatangkan manfaat dan faedah kepada manusia mahupun binatang.

2.  Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga  hari kiamat.


3.  Seorang Muslim akan diberi pahala atas sesuatu yang dicuri dari hartanya seperti tanaman yang ditanam, atau dirosakkan oleh haiwan, atau burung atau sejenisnya.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 10/457)

4.  Setiap yang diusahakan oleh seorang Muslim dan manfaatnya diperolehi oleh setiap makhluk termasuk binatang yang memakan buah, daun mahupun yang hinggap di dahan atau berteduh di bawah tanaman tersebut, akan memberikan ganjaran pahala kepada penanamnya.

5.  Alangkah besarnya ganjaran kepada mereka terlibat dalam bidang pertanian yang menyediakan sumber utama keperluan manusia seperti beras, buahan dan sayuran yang sebahagiannya menjadi fardhu kifayah kepada seseorang.

6.  Jangan kita bersedih hati jika hasil tanaman tersebut dimakan atau dirosakkan oleh makhluk lain ataupun dicuri oleh manusia kerana kita tetap akan mendapat ganjaran pahala.

Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah..betul sangat tu, kalau kita niatkan sedekah...inysa-Allah, banyak pahalanya

    ReplyDelete
  2. Ntah bilalah ammi ni nak reti bercucuk tanam. Tanam daun kari depan rumah pun boleh mati

    ReplyDelete
  3. terima kasih ilmunya.. lady dapat benih baru.. kacang botol.. xsabar2 nak cuba tanam dalam pasu :D :D :D

    ReplyDelete
  4. abam kie n isteri pun suka menanam sayur2 yg selalu dimakan spt serai, cili, daum kesum, tomato dsb. cukuplah utk dimakan sendiri...

    ReplyDelete
  5. Terapi juga dapat bercucuk tanam ni... Dan melatih Kita sabar; nak tunggu benih tu hidup, membesar, berbunga, berbuah semua tu sgt memerlukan kesabaran :D

    ReplyDelete
  6. sha memang minat bertanam ni mama pipie, tapi tu la kadang tak jadi, layu la..xbesar la..hihi..tp sha truskan juga dengn tanaman yg sng tanam..

    ReplyDelete
  7. Saya ada sebidang tanah. Tak berapa besar. Ingat nak bercucuk tanam. Tapi belum ada kesempatan. Baru upah orang bersihkan tanah tu.

    ReplyDelete
  8. Bercucuk tanam merupakan terapi...dulu PZ rajin bercucuk tanam..la ni x sihat sangat dah..ganti suami akak plak la bercucuk tanam...

    ReplyDelete
  9. Thank you sharing nya kak. Di sini ada beberapa activity menanam pohon . Ntah itu pohon biasa atau pohon mangrove . Yg melakukan biasanya NGO. Saya langsung terpikir utk ikut aktif di sana. At least menyumbang utk penanaman pohon2nya.

    Memang besar pahalanya yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah, bagus sekali tu fanny. boleh meraih pahala berpanjangan

      Delete
Previous Post Next Post