Review De Greenish Village Hotel Langkawi

Assalamualaikum korang. Harini mama nak buat Review De Greenish Village Hotel Langkawi. Post ni dah sedia bertulis dah. Cuma edit sikit-sikit aje. Tu lah, bila dah kemalasan melanda semua pun tak jadi. Mama menginap di Greenish Hotel Langkawi selama 3 hari 2 malam. 


Review De Greenish Village Hotel Langkawi

Mama pilih hotel ni sebab mesra orang tua. Mama bawa MIL. Hotel ni lengkap dengan lif so senang sikit nak masuk bilik. Sori ye korang mama tak masukkan gambar bilik. Malas nak korek hihi. Mama book hotel sekali dgn flight tiket melalui AirAsia SNAP.

Pool yang cantik tapi mama tak guna pun.


Highly recommend. hotel yang selesa dan staff yg sgt friendly tak lekang dengan senyuman. Lokasi terletak berhampuran HIG complex. Parking senang dan pool.besar. Air coway ada di luar bilik dan lobby. Ada kedai di lobby macam-macam ada jual di situ. Environment sgt sesuai utk family dan yg bawa warga emas. Setiap lift ada bangku di depan. Very considerate utk org tua yg x larat berdiri lama.

Bangku depan lif


Hotel depan balai polis




Breakfast di De Greenish Village Hotel Langkawi

Mama book bilik inclusive breakfast. Makanan breakfast kat sini pada mama ok. Takdelah perfect. Ada masa termasin juga. Tapi ok la not for fussy eater. Makanan hari pertama dan kedua pelbagai, menu tak sama. Kopi dia agak pekat, pahit sikit. 














Maklumat De Greenish Village Hotel


Alamat: Mukim Kuah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
No tel: 04-961 1616

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

1 Comments

Words of wisdom

  1. bagus betul kerusi depan lif tu, boleh rehat sekejap sambil tunggu lif

    ReplyDelete
Previous Post Next Post