Masalah Berat Badan Berlebihan

Pejam celik satu bulan dah nak berlalu dah dalam tahun 2025 ni kan. Korang ada azam tahun baru ke tahun ni? Ada yang letak azam nak kurus ke tu? Bagi mama sendiri, sebenarnya mama tak meletakkan azam tahun baru yg spesifik setiap tahun melainkan nak buat perkara yang lebih baik dari tahun sebelum ni. Sentiasa cari jalan untuk improve diri supaya menjadi insan yang lebih baik. Biasanya mama dah tak letak target untuk berat badan mama tapi sejak beberapa bulan ni mama dah perasan berat semakin menaik yang tiada turunnya. Baju dah mulai "mengecil" dagu pun dah double chin. Alahai.. Nampaknya mama dah kena buat sesuatu berkenaan Masalah Berat Badan Berlebihan mama ni. 


Masalah Berat Badan Berlebihan


The Most Obese Country In Southeast Asia!

Mula-mula terkejut juga mama bila dapat tau negara paling gemuk Asia ialah Malaysia. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai obese, termasuklah mama huhu..

Masalah kegemukan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila kini 1 daripada 2 individu dewasa di negara ini atau kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan dan obes. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.
Sumber: MKN



Penyebab Berat Badan Meningkat 

Kat bawah ni antara penyebab berat mama meningkat 

  • Minum 3-in-1 : Seminggu dalam 5 kali mama minum 3-in-1.
  • Makan berat waktu malam : Kononnya selalu "me time" dengan husband, anak kan sekolah di asrama. Me time, pastu minum manis lagi. Mana tak naik badan tu.
  • Kurang bersenam
  • Makan makanan yang menggemukkan seperti fast food dan makanan berlemak dan berminyak.
  • Kesimpulannya, semua penyebab kat atas tu adalah dari gaya hidup mama sendiri.


Akibat Berat Badan Berlebihan

Penyebab turning point mama.. mama mula perasan perkara di bawah ni berlaku pada mama. Sebab tu lah mama rasa mama dah kena berubah.

  • Kurang aktif bergerak
  • Selalu rasa letih dan malas, asyik nak baring aje
  • Susah tidur malam
  • Rasa cepat mengah bila buat aktiviti fizikal
  • Baju dah tak muat dan semakin susah nak sorokkan segala spare tyre :)
  • Mama dah mula risau jika akan mendatangkan penyakit. 


Cara Menurunkan Berat Badan

Secara peribadi mama tak suka makan produk untuk kuruskan badan especially bila dah berumur begini. Mama lebih suka cara yang lebih natural. Cara ni lebih selamat dah sihat.


Gambar sumber dari culinaryschools.org

Cara Kira BMI

BMI mama sekarang ialah 29.29 dah almost obese dah tu. borderline. Formula kiraan BMI tersangatlah senang

(Berat dalam kg) / (tinggi dalam meter kuasa 2)
Contohnya berat 75kg, tinggi 1.6m
Kiraan ialah 75 bahagi (1.6 x 1.6) = 75/2.56 = 29.296


Cara Menurunkan Berat Badan

Ini ialah cara mama yang setakat ni berkesan. Kena rajin dan istiqomah aje.
  • Kurangkan minuman manis dan ban 3-in-1. Mama sekarang bancuh sendiri kopi dan kawal penggunaan gula
  • Tidak makan malam selepas pukul 7 malam. Mama elakkan terus dari makan malam. Kalau buat ni perut akan jadi kurang buncit tau.
  • Banyakkan bergerak dan bersenam/berjalan 10,000 langkah sehari. Mama amalkan berjalan indoor aje, belum tahap pergi berzumba atau ke taman brisk walk.
  • Kurangkan potion makanan berkarbohidrat dan lebihkan protein dan sayuran. Formula suku-suku-separuh.
  • Kiraan kalori amat membantu untuk turunkan berat tau. Korang boleh kira kalori badan yg diperlukan sendiri. Kalau nak kurus, kurangkan kalori tu.
  • Kerapkan berpuasa sunat, insya allah pahala pun dapat.

Mama tak suka IF, dari IF lebih baik puasa sunat ada juga gunanya.

So far, alhamdulillah walaupun berat tak turun byk tapi mama rasa badan lebih ringan dan mudah bergerak, perut kurang buncit dan tidur pun lebih lena sekarang.  Sebelum ni mama selalu mengah bila bergerak, sekarang lebih bertenaga dan tak mengah dah.


Tools Memudahkan Untuk Perancangan Menurunkan Berat Badan

Mama terjumpa satu website iaitu culinaryschools.org. Mama suka ke link Weight Loss iaitu  https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/. Bagus betul tool weight loss dia tau. Contohnya macam ni.
 
Mama cuba masukkan data yg diminta dan dia akan calculate kalori dan berapa byk yg kita perlukan untuk capai target berat kita. 

Kat bawah tu nnti dia akan bagi information yang diperlukan untuk memudahkan kita memahami lebih tentang weight loss. Bila baca info-info tu terasa macam tengah dengar orang guide kita, macam personal coach tu. Dia ada info antaranya:
  • A Practical Guide to Achieving Your Ideal Weight
  • The Importance of Having the Right Weight
  • How Much Body Fat Should a Person Have?
  • Different Ways to Estimate Your Ideal Weight
  • Eat Your Way to a Healthy Weight
  • Boosting Weight Loss with Effective Workouts

Siap bagi kita panduan pemakanan untuk capai berat idaman.


Selain tool weight loss tu mama suka juga tool workout calories & body fat calculator. Kalau nak tengok boleh refer sini https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/ & https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/


Seronok gak browse website https://www.culinaryschools.org. Ada Free Food Clipart dan online game yang mama suka. Mama memang dah takde install games dalam henpon dah. Mama main games online aje. Mama suka main brain games macam puzzle, maze tu. Mama perasan walaupun main games online tapi takde ads pun yg keluar. 


Tu je la nak cerita harini. Wish me luck ye. Mama bukannya nak turunkkan byk pun berat badan ni. Asal sedap mata memandang dan badan lebih sihat pun dah ok. Kebetulan kawan-kawan mama seopis ni pun dah mula juga bawa bekal dan makan salad. Ramai dah mula brisk walk dan berzumba. Semoga mama pun boleh ikut diorg juga.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

1 Comments

Words of wisdom

  1. All the best mama untuk diet! Cuya tahun lepas dah diet, turun hampir 5 kg. ni kena start balik sebab asyik ada wedding je, asyikk makan saja hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post