Muzium Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah dah Dibuka Semula

Assalamualaikum semua. Korang tau? Muzium Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah dah Dibuka Semula tau. Sebelum dah beberapa kali mama nak ke situ, tapi proses renovate lama sampai memakan masa 5 tahun. Kebetulan mama terbaca yg muzium dibuka semula, maka laju aje kami ke sana. Jarak dengan rumah cuma sepelaung aje. Kami kan suka pergi muzium.


Muzium Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah dah Dibuka Semula

First time mama discover muzium ni semasa berkunjung ke kenduri kahwin masa anak mama kecil dulu. Tak sangka ada muzium yg berdekatan kami. Kami pun masuk selepas setel makan kenduri, Masa tu dah best dah pameran2 nya. Ada bahagian alam kubur yg gelap gulita. Seram mama.


Kemasukan Percuma Dalam Tempoh 3 Bulan

Muzium Negeri ni sekarang tiada yuran kemasukan. Masuk adalah secara percuma selama tempoh tiga bulan iaitu Feb, Mac & April. Start Mei 2025, bayaran tiket masuk akan dikenakan semula. 



Tiket free


Ada aktiviti untuk dapatkan free gift. Kalau lengkap cop semua tempat dalam buku ni, akan dpt free gift. Mama dapat mug MSAS. Buku ni dibeli dgn harga RM3


Gambar Ruangan Pameran Muzium Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah

Ruangan pameran muzium meliputi 3 tingkat dan terdapat byk galeri yg ada tema. 

Layan gambar je la ye



Alam semulajadi ni kat tingkat bawah sekali.



Ni pula kat tingkat 2 

Suka bahagian sini ada byk replica makanan hihi. Ada pameran warung 1960-an boleh ootd sini.

Area paling seram. Insaf mama







Tadi makanan melayu, ni makanan cina pula





Pendapat mama muzium yg berwajah baru ni memang sangat selesa dan ruangan pameran pun luas, tidak bersesak2 jika ramai orang. Miniatures, replicas semua cantik2 dan dilengkapi AI yg menarik. Walaupun tak sekompleks muzium lain tapi tempat ni sesuai utk bawa anak2 dan family. Mama tertarik dgn sejarah negeri selangor dan zaman prasejarah. Di manakan selangor zaman dinosaur dulu. ada dinasour tak kat selangor dulu. Ada tinggalan dinosaur kat Selangor ke? Kalau nak tau korang dtg la sendiri hihi..

Ada ruangan interaktive utk kanak2 juga. Boleh warna2 dan buat aktiviti kat tingkat bawah tu.


Maklumat Muzium Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah

Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9.30 𝙥𝙖𝙜𝙞 𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 4.30 𝙥𝙚𝙩𝙖𝙣𝙜 (𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙘𝙪𝙖𝙡𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣)

Phone: 03-5519 0050



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. dah buka semula ye , berwajah baru lah kan :)

    ReplyDelete
  2. lady x pernah ke muzium selangor... mcm menarik.. bolehlah ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak isi dalam muzium ni kak, selalu masuk muzium kan tak boleh ambil gambar kan... tp ni menarik jugak, siap b0leh ootd lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far akak pergi muzium byk takde larangan utk ambil gambar dana.. boleh lah kalau nk dtg suka2 best gak

      Delete
  4. Aiiiih saya baru tahu ada museum ini mam 😍😍😍😍. Memang hrs datang nampaknya. Sukaaaa yg begini, ttg sejarah lampau dari Selangor kan. Menarik, dan penasaran lihat yg bagian alam kubur itu 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye penasaran sekali fanny di alam kubur itu. sebenarnya kalau dilihat ada "jenazah" didalam tanah tu

      Delete
  5. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. woh terkejut mama terima utusan diraja haha.. insya allah nnti mama join ye cuya

      Delete
  6. bertambah lagi satu tarikan dekat shah alam, nanti boleh pergi jejak kaki ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum sampai bolehlah try jalan2 sini.. sesuai bawak bdk2,ruangan dia luas dan selesa

      Delete
  7. Kena pergi ni.. Banyak perubahan baharu. Peragaan pun kelihatan menarik.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post