Ramadhan kareem buat semua. Bulan Ramadan memang penuh bermakna, dan tahun ni Bangi Golf Resort (BGR) sekali lagi menawarkan menu buffet iftar Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 di Bangi Golf Resort dengan harga yang berbaloi-baloi. Terdapat pelbagai hidangan yang bukan sahaja sedap, tapi juga penuh dengan tradisi dan ada juga dengan sentuhan fusion/moden.
Buffet Ramadan Riang Rasa 2025 di Bangi Golf Resort
Lebih Dari 100 Hidangan Memikat Selera
Hidangan Baru yang Menarik
Nasi Maqluba Yang Sedap
Tahun ni, BGR bawa hidangan baru yang pastinya buat semua orang rasa teruja. Antara hidangan baru yang mesti korang cuba adalah Nasi Maqluba. Nasi Arab yang dimasak dengan rempah ratus wangi ni, ditambah dengan ayam yang lembut dan beraroma, memang kena dengan selera. Kalau nak rasa sesuatu yang berbeza, boleh cuba Ayam Kuzi. Hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor ni memang penuh dengan rasa rempah ratus yang menyelerakan.
Masakan Kemboja versi Halal
Pencuci Mulut yang Sedap dan Pelbagai Pilihan
Penggemar manisan pasti teruja dengan pelbagai kuih-muih seperti Talam Sago Dinda yang dihidangkan dalam bermacam variasi seperti hijau, kuning, dan merah. Pencuci mulut gaya Barat ini pasti akan menambahkan keceriaan untuk semua peringkat umur dengan adanya stesen masakan langsung Spanish Churros yang dihidangkan bersama marshmallow dan sos coklat buatan sendiri. Golongan muda juga boleh menikmati soft-serve aiskrim, ABC, cendol, bertih jagung karamel, dan gula-gula kapas.
Kualiti dan Kebersihan yang Terjamin
BGR memang sangat serius dalam memastikan kualiti dan kebersihan makanan. Dengan pensijilan HALAL JAKIM sejak 2009 dan pensijilan HACCP sejak 2021, korang tak perlu risau tentang kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan. Semua hidangan yang dihidangkan di sini dijamin selamat dan berkualiti tinggi.
Kemudahan yang Lengkap
Selain dari hidangan yang lazat, BGR juga menyediakan kemudahan yang sangat selesa. Mereka ada 800 tempat letak kereta percuma, jadi tak perlu risau kalau datang ramai-ramai. Untuk yang nak bersolat, BGR turut menyediakan surau yang luas untuk lelaki dan wanita. Memang lengkap untuk semua tetamu.
Harga dan Tempahan
Bufet Ramadan di BGR ni memang berbaloi! Harga yang ditawarkan adalah
- RM68.00+ untuk dewasa dan
- RM34.00+ untuk kanak-kanak.
- Semua harga tertakluk kepada 6% SST.
Masih banyak masa untuk datang dan nikmati hidangan-hidangan ni. Kalau nak dapat harga diskaun, korang boleh buat tempahan berkumpulan atau datang waktu luar puncak. Untuk tempahan, korang boleh terus layari laman web rasmi di https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/.
So, apa tunggu lagi? Tempah tempat korang sekarang dan raikan Ramadan kali ini dengan berbuka puasa yang penuh rasa di Bangi Golf Resort Clubhouse. Dengan harga sebegitu dan hidangan yg banyak yang sesuai untuk seisi keluarga tak kita muda atau tua. Memang sangat berbaloi kan.
Maklumat Lanjut Bangi Golf Resort
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MalaysiaKoordinasi GPS : 2.95716N, 101.76518E
No tel tempahan : 1700 - 821 - 457
Laman Web : https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial
Tik Tok : @bangigolfbgr
#BangiGolfResort #RamadanBGR2025 #BGRIftar2025
@bangigolfresortofficial
bestnya...tahun ni saya satu tempat berbuka pun tak join...Tapi kat KL nampak lebih mesra harganya berbanding dengan JB rata rata seratus lebih.
ReplyDeletemeriahnya menu berbuka
ReplyDelete